13/08/2010

Sebelum pergi panjang lebar, biar la aku define dulu ape itu perbezaan antara career dan job. Career ialah satu cara hidup dalam pekerjaan. Sesuatu kerja itu didorang oleh rasa minat yang medalam. Biasanya orang2 dalam path career ini akan sentiasa memajukan diri sendiri dan field pekerjaan tersebut. Sementara job ini ialah orang yang bekerja utk sara hidup semata2. Hala tuju kerjanya berpandukan wang. sape2 yang bayar tinggi, die akan amik job tu walaupun die sebenarnya tak btol2 minat nak bekerja.

Biasanya kat malaysia ni tak byk orang jenis career. Jenis job ni mmg berlambak2. kadang2, lain die belajar, lain pekerjaan die. Perubahan bidang pun ketara jugak. Daripada mekanikal bleh melompat pergi akaun, daripada medic bleh lompat g penyanyi dsb. Paling ketara goverment la. Cuba la korang tanye diorang, ape yang diorang blaja dulu, sesuai tak dgn kerja diorang skang? Bile tak match, sebab tula diorang kurang efisien dan produktif. Statement dan decision diorang pun tak logic, tak munasabah dan mengundang pertikaian. Tapi aku faham la, orang berebut2 nak masuk gomen sebab keje relaks dan senang disamping ada pencen. hal lain2 mcm kepuasan bekerja dan nak memajukan diri tu takde. Yang aku nampak, diorang ni berfikiran, "kalo keje malas pun gaji tang tu, keje rajin pun gaji tang tu. so buat ape nak susah2 bekerja".

Semalam ada sorang lagi budak office aku benti. dapat gomen. punyalah hepi. selain tu, officemate, membe aku sume mmg mengidam sgt nak keje gomen. tak kisah la keje ape. janji gomen. Yang ada degree tu of course la target nak jadik PTD. Terus terang cakap la, aku sampai skang pun tak clear job scope PTD ni. Cuma dimomokkan2 tentang 'glory' yang akan dapat bila sesorang tu pegang title PTD.

Bukan nak cakap aku jeles sebab aku tak dapat, cuma sejak keje ni, aku mmg takde apply mane2 dah. Resume tu dah tutup terus. Bukan nak cakap kalo aku apply gomen ni aku sure akan dapat. Tapi sementara muda ni, bagi aku satu pembaziran masa kalo kerje tu takde 'roh'. G keje, balik keje. cukup bulan dapat gaji. Takde kepuasan dalam bekerja. Sementara muda dan semangat ni la kene guna sebaik2 masa utk upgrade diri ni dan yang paling penting kepuasan bekerja. duit tu penting jugak esp dgn keadaan hidup skang ni yang serba serbi mahal. Utk aku, kepuasan dan minat tu yang datang dulu.

Aku paham, bukan senang nak jadik career man kat malaysia ni. Ada byk bende kene consider, mcm keadaan suami/isteri, lokasi pekerjaan, gaji, tempat tinggal dsb. Kalo nak jadik career man ni mmg kene byk berkorban. Nak jadik job man mmg mudah. Sebb tu malaysia ni kurang specialist sebab career man ni tak byk.

Anyway, Your decision, your action, your life.

Current mood: haus sket.
Listen to: Bye-bye - Mariah Carey
after this: G bazar

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe