25/08/2010

Baru2 ni aku berkesempatan utk bertarawikh kat 'masjid besi' putrajaya. aku tak tau ape name masjid tu. ala, masjid baru yang kubah die stainless steel tu. Kagum jugak la aku dgn masjid aku. serba moden, ruang sembahyang yang besar, nice view dari dalam dan yang paling penting, siap ada parking basement tuh.

Disebabkan aku datang agak lambat, maka kene la parking jauh sket. even ada parking basement, orang malaysia ni lebih suka parking tepi2 jalan, yang juga akan menyebabkan kesesakan dan menyusahkan orang lain. asal boleh jer parking.

Punye la jauh menapak. Masa nak menapak tu pun byk lagi kete tgh terkial2 cari parking sedangkan orang solat isyak dah rakaat kedua dah. Sesampai je dalam masjid, nak kene naik tingkat dua plak sebab dewan solat kat atas. Nak carik tangga nak naik ke atas pun dah agak confuse.

Masa nak balik pulak, aku sesat skali masa nak carik jalan kuar dari dalam masjid. Sebab jalan kuar mcm lebih kurang same je. macam main maze jer. tapi akhirya aku dapat carik jalan kuar jugak.

So far, masjid ni mmg cantik dan moden. Masa solat tu, aku punyelah peluh2. aku tgk sekeliling, kipas takde, aircond pun takde. kata abang ipar aku, diorang guna konsep open air. hmmmm, waktu siang ok la sebab angin mmg kuat, tapi malam2 mana ada angin. masa nak moreh plak, aku kagum bile ternampak ada ruang mcm taman dalam siap ada rumput karpet n kolam tuh. perghh.

Point aku dalam post ni ialah salah satu petanda akhir zaman ialah masjid2 dihiaskan secara berlebihan tetapi kurang orang bersembahyang di dalamnya. Masjid ni punyelah besar sampai nak sampaikan ke tempat solat tu agak struggle la jugak. Surau2 jugak sempoi. Masuk je,terus ke tempt solat. Ada la beberapa masjid zaman skang ni sker buat tempat solat tingkat dua. Utk orang2 muda ok la, tapi sian utk orang2 tua. nak kene memanjat. kene plak time tu dah tgh2 solat. kan dah melambatkan tu.

anywaym tak salah nak memodenkan masjid, tapi make sure jgn lari daripada main purpose iaitu bersembahyang dan aktiviti2 agama Islam. Cuma aku harap, pihak berkaitan dapat la maintenance masjid yang canggih ni sebaik mungkin dan dikekalkan keindahannya. Bukannya apa, orang malaysia ni bab membina ni  pandai, bab maintain ni fail. tgk la sendiri banggunan2 kerajaan kat putrajaya tuh. korang nilai la sendiri. peace~!

current mood: mata pedih
listen to: tika dan saat ini - Medicine
after this: next post kot

3 comments:

  1. gamabar ea? ala kat putrajaya tu ada 2 masjid je. cube google. hehe

    ReplyDelete
  2. haha..tau ade satu.oh mlsny nk google

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe