24/08/2010

sebenarnya bulan pose ni aku pun nak pose tgk muvie. namun cerita ni agak menggamit dan diajak pula oleh someone yang agak excited. Sukar utk aku katakan tidak.

rules tetap rules. Waktu siang tak bleh tgk muvie. Kitorang decide utk tgk midnite. Lepaskan tarawikh dulu then bleh tonton tanpa rasa bersalah.

Cerita ni bleh diibaratkan mcm Rambo yang ada konco2. Of course la Rambo pun nak ada geng yang mcm rambo jugak. maka tertubuhlah sekumpulan askar upahan yang menggelarkan diri diorang THE EXPENDABLES.

Sekali lagi, dan aku mmg dah expect, cerita ni mmg propaganda america lagi. tak lupa juga filem tipikal hollywood. Orang jahat tersangatlah bengap tembak tak kena2. Orang baik tersangat la sharpshooter. Asal tembak je mesti kene.

bagi aku, penarik bagi cerita ni ialah ada lebih dari 1 hero dalam filem ni. Stallone terkenal dgn Rambo, Rocky. Statham terkenal dgn Transporter. Jet Li terkenal dgn cerita2 kungfu. Then diorang ni sume teammate dgn beberapa lagi mamat yang taf. Walaupun Rourke (orang jahat dalam Iron Man 2) tak beraksi, tapi die tetap stylo dgn gaya Cowboy.

Dari segi plot, cerita ni bese2 je. Nak kata mcm citer cowboy pun bleh gak. Ada orang jahat buat onar dalam satu pekan. Then datang la sherriff menghalau orang jahat. Lebih kurang la.

Antara feedback yang aku baca pasal cerita ni ialah 'non-stop explosive scene'. Mmg tepat sgt la tuh. Tak abes2 letupannya. Sket2 meletup2. Bila dah byk sgt hero dalam citer ni, scene letup2 n tembak2 tu mmg wajib la.

Aku sker intro citer ni, diorang sume nek kenderaan masing2, masuk garage, ending plak diorang kuar balik garage tu. haha. Ada beberapa watak tambahan yang agak taf jugak dalam citer ni, Arnold, bruce willis dan stone cold steve austin.

Summary:

Summary:
My Rating:3.7/5 (Terhibur gak)
Worth to watch at cinema:3/5 (utilize cinema punye facility)
Best factor: Byk hero walaupun dah tua
Bad factor: Hero power sgt
Similar to: The A-Team, KickAss

current mood: Kenyang
listen to: Man City vs Liverpool
After this: sahur

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe