26/08/2010


Tak makan dan minum ada siang hari selama 30 hari bermakna akan membuatkan anda semakin kurus? Mungkin jugak ya, mungkin jugak tidak.

ramai orang anggap bulan puasa ni sebagai salah satu peluang untuk berdiet disamping beribadat. Tapi istilah diet tu sebenarnya akan ditentukan berdasarkan apa yang korang makan waktu berbuka.

Kejayaan utk berdiet pada bulan puasa ni sebenarnya bergantung kepada sekuat mana korang mengawal nafsu makan korang semasa berbuka. nafsu ni sebenarnya makin susah utk dikawal bila korang semakin lapar. Lebih2 lagi bile nafsu ini dirangsang oleh bau2an orang memasak secara live dekat bazar. rasa mcm nk beli je sume. Rasa mcm nak telan je sume jenis makanan yang dijual kat bazar.

Bile dah beli makanan byk2, masa berbuka, dah tak tertelan sume. Hold dulu nak makan lepas tarawih. Itu pun kalo larat, kalo tak larat, alamatnya tarawih kat alam mimpi la jawabnye. Sekali masa tgh malam, kenyang lagi. Simpan utk sahur la. Bila sahur plak, ngantuk malas nak bgn dan takde selera makan. Akibatnya, tong sampah jugak la yang makan jawabnye.

Lazimnya la, bulan pose ni orang tak bersenam. Kalo ada pun, mungkin lewat malam or hujung minggu jer. Tapi mmg jarang sgt orang bersenam masa bulan puasa ni. Salah satu cara nak bersenam dalam bulan puasa ni pun ialah dgn solat tarawih. Itu pun tak byk orang buat 20 rakaat, byk buat 8 jer. Tak bakar byk mana pun kalori.

Keadaan semakin diburukkan bila hari raya. makanan tradisi masa hari raya ni sume berminyak, berlemak dan bergula. bahan2 ini semua mempercepatkan proses pengumpulan lemak dalam badan.

Maka, jika korang fikir bulan puasa ni menyebabkan badan korang makin kurus. Cube tgk balik btol2. Jgn terkejut la kalo hasilnya menyimpang jauh daripada objektif asal.



current mood: pedih mata
Listen to: Lagu seloka kedah
Aftet this: next blog

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers