20/08/2010

Kes Buang Bayi
Kes GRO, Kedai Urut, Pelacur asing
Sedar tak sedar lah, hari2 bila kita tgk berita tak kira kat mane2 tv, mesti dua2 kes di atas ni akan dipaparkan. setiap hari mesti ade je laporan. Sebenarnya, ada lagi mcm kes judi bola, ragut, rogol, samun, bunuh dsb.

Tapi2 kes ni mmg top dan agak menimbulkan tanda tanya:

Kes pelacuran asing:
Hari2 kene serbu dan rush. tapi nampak mcm tak abes2. Mcm setiap bandar ada port masing2. rata2 pelacur tu rakyat china dgn indon. Bile check, diorang salah guna pas lawatan sosial. Pelik btol. rasa mcm diorang masuk ramai2 guna pas lawatan sosial. Ada jugak yang daftar jadik student, ada jugak amah yang larikan diri dsb. walaupun tak secara terang2an, tapi rasanya malaysia punye industri pelacuran ni mmg hidup. cuma kene pandai carik la. rasanya pihak berkuasa pun mcm dah tak terkawal. Byk sgt. Serbu ari2 pun tak abes2.

Kes Buang Bayi:
Kes ni pun makin menjadik2 ari ni. Tiap2 hari mesti kuar berita. kalo mcm dulu, berita ni agak jarang2 or kadang2. Cuma skang ni mcm dah jadik amalan. Bayi tu mcm dibuang mcm buang sampah jer. Mcm2 tempat diorang buang, depan masjid, tong sampah, longkang, sungai dsb. Tak berperikemanusiaan langsung. Haiwan pun tau sayang anak. Selamber je diorng buang tanpa rasa bersalah. Orang yang dah kawin, nak sgt anak. Diorang ni bleh senang2 je buang. Sebab tu la aku setuju sgt kalo kerajaan nak laksanakan hukuman mati kepada sape2 yang buang bayi ni. Tapi biar dua2 skali kene. Sebab bende ni, 'keje' berdua. Mustahil dibuat sorang2. Kalo perlu buat ujian DNA buat aje. Yang penting, jantan tu pun tak bleh terlepas. pandai buat, pandai tanggung.

Kita tgk zaman jahiliyah dulu, diorang cuma tanam  anak perempuan je hidup2. Tapi zaman skang ni dah tak kira jantina, sume kene. Moral orang skang, mmg lagi terul banding dgn orang jahilliyah dulu. Cuba kita fikir sejenak, sebenarnya kes2 kat atas ni saling berkait. Sebab kebanyakan bayi yang dijumpai tu, tak diketahui bangsa ape. Bleh jadik jugak, anak pelacur yang terlanjur.

Entah lah, walaupun mcm takde kesudahan, pihak berkuasa perlulah berusaha utk stop bende2 ni.

Current mood: bese2
Listen to: sinar fm
after this: another blog

2 comments:

  1. Kalau pelacur slalu diorg takkan pregnant pasal diorng tau cemane nk selamat diri.. rasa2nye ni yg buang2 ni org yg takde preparation.. perempuan yg kurang ilmu..

    ReplyDelete
  2. hmm even diorang prepare pun, kadang2 'accident' jugak kan?
    lagipun tak semestinya pelacur cina je. bleh jadik, pekerja2 sektor lain mcm perkilangan pun boleh jadik jugak.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe