13/08/2010

Akhirnya aku dapat jugak aku mengupdate blog ini. Agak sukar utk aku update sebab aku tak paham kenapa connection internet kat rumah aku ni teruk. Biasanya lepas kul 1 pagi baru ok. Time2 mcm tu aku mmg dah nak tido dah. Nak tulis pun dah ngantuk2. Yang aku pelik, aku dok dekat2 dgn pusat bandar KL, rumah pulak tingkat tinggi. Tapi tak dapat signal 3G tak paham btol.

Anyway, umat Islam di seluruh dunia sudah mula berpuasa mulai 11 ogos aritu. Sedar2 tak sedar kita telah ditemukan semula dgn bulan ramadhan. Bersyukurlah bagi sesiapa yang masih lagi diberi kesempatan utk bertemu dgn bulan yang penuh dgn rahmat ini.

Utk aku, ni tahun pertama aku berpuasa sebagai suami. Dulu time bujang2 senang je. Sume tapau dan simple. Tapi dah berkahwin ni kene consider byk bende. Nak masak or nak beli? kalo nak beli kene beli berdua. tak bleh bli sorang2. Nak g tarawih pun kne berdua. Well, itulah kelainan dalam kehidupan rumah tangga ni. Sahur plak, aku jenis suka makan. Tapi wife aku hanya suka minum air je. Maka aku masak la sorang2.

Yang paling penting sekali ialah untuk balik raya. Ikut tradisi, biasanya mmg raya pertama ni akan beraya kat rumah suami dulu. Then baru balik kedah. Persiapan pun kene jaga jugak. kalo masa bujang dulu, aku mmg tak kisah. Bese la laki, sempoi2 je. Cuma bila dah ada isteri ni mcm2 nak dibuat. Shopping la, buat kuih la, beli kuih la dsb.

Ok la, yang penting dalam bulan puasa ni kita kene byk control diri kita sebab berpuasa ni bukan setakat tahan daripada makan dan minum, malah bende2 yang bleh mengurangkan pahala mcm mengumpat, padang bende2 tak elok, cakap bende2 tak elok dsb. Gunakanlah bulan puasa ni utk rehat2 dan bersederhana. Jgn lupa buat ibadat2 sunat. Jgn siang asik tido jer mcm orang mati. Sia2 je pahala puasa nnt.

Semoga puasa kita diterima dan diberkati Allah swt. Amin.

Current mood: Chill
Listen to: Hampir ke situ - Mendua
after this: G shopping dgn wife dan mak mertua

2 comments:

  1. Happy fasting and have a blessed ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. happy fasting to u too :)
    semoga dapat balik berhari raya :)

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List