26/08/2010

setiap tahun, bile time puasa je, mesti ada berita penangkapa orang yang tak puasa masa bulan ramadhan. tahun ni pun byk jugak. ada je siar kat tv. Tapi itu yang dilaporkan. yang tak dilaporkan tak tau la berapa byk kan?

Susah sgt ke nak puasa? sebulan jer. daripada 12 bulan setahun, hanya sebulan jer. 11 bulan lagi tu, lantak korang la nak makan ape siang2 hari. takde orang nak larang dan tegah pun.

Mostly, kalo kita tanya nape orang sker ponteng puasa ni bukan sebab ape, tapi sebab diorang tak bleh tahan nak merokok. stakat makan dan minum tu, takde hal la nak tahan. Cume bab2 telan asap ni susah sket nak control. Sebab tulah, alang2 berbuka dgn telan asap, baik telan sume jer.

aku tak tau la puasa zaman2 dulu mcm mana. tapi sejak era Y2K, ni aku tgk makin byk orang dah kisah pasal puasa ni terutamanya orang2 muda. Selamba je ponteng. Mcm tak rasa bersalah langsung.

Dulu masa aku active lepak kat cyebrcafe zaman2 skolah dulu, selamba je diorang ni makan dan minum dalam CC tu. Disebabkan kedai makan tutup, diorang byk makan fastfood or beli je megi or roti kat 7E. Masa aku keje McD dulu, kalo perempuan beratur tapau siang2, bleh paham la. Ini kalo lelaki yang beratur apa jadahnye. Siap explain lagi tanpa dipinta "Ni saya beli untuk kakak saya". mcm la aku nak amik tau. kalo kakak tu cun takpe jugak. haha.

yang guna delivery mmg byk2. Sebab tu masa pose, mamat delivery ni agak bz sbb tempahan meningkat berbanding waktu biasa. sekarang ni fastfood pun dah maju, ramai jugak la lelaki yang beli guna drive thru.

ada sesetengah kes tu, orang islam sendiri yang jual makanan waktu siang hari. Bukan jabatan agama dah setkan peraturan tak bleh jual makanan sebelum pukul 3 ke? Tak tau la diorang ni tahu or buat2 tak tau. Mcm peniaga ni bleh dikira bersubahat ni. Ntah2 diorang pun same jenis dgn golongan si pembeli ni.

Hari ni masa aku baru balik keje, masa nak naik tangga, aku terkedu sekejap. Selamba je ada 3 orang budak sekolah menengah makan kat tangga tu. makan kebab, makan kuih, minum air tebu. Nampak mcm baru beli kat bazar. Masa tu dah pukul 630. lagi sejam je pun nak berbuka. Selambe je diorang makan tanpa rasa bersalah or malu kat aku. Nasib baik bukan famili aku. kalo tak dah lama aku tibai. buat malu jer. Mak bapak tak ajar ape.

Current mood: bese2 je
listen to: Mengapa harus cinta - Vince
After this: makan murtabak

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers