05/09/2010

Bulan puasa jugak sebenarnya boleh digelar bulan pesta makanan. Makanan terlalu banyak sampaikan kita makan sampai tak nak makan. haha

Bulan puasa ni jugak, kitorang akan menerima jemputan berbuka puasa di hotel2 yang menyediakan perkhidmatan secara buffet. makan lam selagi mana korang larat.

Cuma baru2 ni bos aku menolak satu jemputan buffet dgn mengatakan, "buffet ni merosakkan badan aje". Well, ada btol jugak cakap bos aku tu.

Bila pergi buffet ni nafsu makan kita akan menjadi membuak2. kalo bleh nak telan sume la apa yang ada kat buffet tu. Selagi boleh sumbat, sumbat la apa yang patut. Akibat sumbatan yang berlebihan ni la yang akan merosakkan badan. Sebenarnya mmg tak elok makan sampai kenyang. Dalam Islam pun, "kita harus makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Konsep ni sememangnya sukar untuk di apply dalam buffet sebab rugi la kalo makan sket. Bukan murah satu kepala. kene pulak buat kat hotel2. kalo makan stakat satu or 2 makanan je baik ta payah g buffet. tapau je kat bazar.

Tapi kalo sekala pergi untuk dapatkan kelainan berbuka puasa ni tak salah. tapi tabiat ni tak elok diamalkan selalu. mmg tak dinafikan ada orang yang mmg kaya dan mampu makan buffet hari2. tapi tak elok la untuk badan. salah satu kebaikan berpuasa ni ialah boleh merehatkan sistem penghadaman. tapi kalo waktu berbuka korang sumbat macam2, tak dapat la sistem ni berehat. silap2 kene keje lagi kuat.

anyway, kalo nak g jugak buffet, bawak la orang2 yang pelahap. barulah berbaloi sket. hehe

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers