06/09/2010

Lagu raya mmg sinonim degang lagu raya, tak meriah hari raya kalo takde lagu raya. Lagu raya ni akan lebih menusuk kalbu bila dah nak masuk hujung2. rasa mmg tak sabar2 nak raya ni. Suasana raya tu akan lebih membara dgn adanya lagu raya.

Lagu raya pun ada mcm2 mood mcm sedih, hepi, insaf, keagamaan dan ada jugak yang menceritakan suasana hari raya tu sendiri. terpulanglah kepada orang nak dgr yang mane.

Lagu raya yang best of course lagu2 raya yang evergreen. lagu2 yang dinyanyikan orang2 dulu mcm allahyarhan P ramlee, sanisah huri, noor kumalasari, saloma, DJ dave, Black dog bone, allahyarham sudirman dan lain2 artis lame yang berbekas di hati. Lagu2 diorang ni mmg pasti akan diputarkan setiap kali hari raya dan sedap di dengar. walaupun artis2 sekarang ni cuba cipta byk lagu baru, tapi still tak bleh nak compare dgn lagu2 lama.

Aku mmg menyampah n tak berkenan kalo lagu2 lama dinyanyikan semula. konon2 nak bagi nafas baru. siap modify versi rock la, pop la, watever. yang pastinya diorang akan membuat lagu ni jadik rosak dan tak sedap. buat la lagu baru sendiri. ada jugak ape lagu raya baru yang ok mcm lagu dato' siti, m nasir, mamat, raihan, hujan. bleh je. yang penting kene menjiwai suasana hari raya tu sendiri.

current mood: peluh2 pasang lampu liplap2.
listen to: sinar fm
after this: minum oldtown white coffee

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe