19/09/2010

Aku ialah salah seorang peminat video game resident evil. Sejak dari zaman PS sampai la zaman PS2. Setiap kali game baru RE ni kuar, aku takkan miss punye. cume disebbkan aku takde PS3, maka knowledge aku terhad sampai RE4 je.

Minat aku terhadap muvie jugak selari dgn video game. Walaupun ada beberapa perkara yang aku kurang setuju tentang movie, tapi perkara tu boleh la utk diterima. Untuk sesiapa yang tak main game RE ni, jalan cerita movie ni bleh dikatakan plot baru yang takde dalam video game. Alice mmg tak pernah muncul dalam video game. Cume ape yang aku bleh cakap, plot movie ni die berlaku tele dgn plot video game.

Ok, aku tak pernah tgk muvie 3D sebelum ni. so, ni ialah 1st experience aku tgk 3D movie. Aku mmg kagum dgn teknologi baru ni. Gambar tu seolah2 timbul dan ada certain object tu korang bleh rasa mcm depan mata n bleh pegang je. Walaupun agak mahal banding 2D version, tapi aku rasa berbaloi la.

Bagi sesiapa yang tak terlibat dalam video game dan muvie sebelum2 ni, sure korang takkan paham ape yang berlaku. Tapi takde ape pun tambahan dalam filem ni. Alice meneruskan perjuangan beliau untuk mencari survivor manusia yang hampir kepupusan dalam filem ni. dalam muvie ni semakin sikit manusia yang tinggal. yang lain sume dah jadik zombie. plot dalam muvie ni pun tak byk beza dgn sebelum2 ni. bg aku, yang membuatkan ianya menarik ialah teknologi 3D dan aksi beberapa watak dari video game chris redfield (scoffield), Claire redfield (pelakon Heroes), Albert wesker dan Jill Valentine. Movie ni pun sebenarnya byk amik scene dari game Resident Evil 5.

Lepas tgk muvie ni, aku ada beberapa persoalan:

1. Mcm mana agaknye ending utk franchise Resident Evil ni? Kalo 1 dunia dah jadik zombie, mcm mana diorang nak wipeout sume skali? Kalo Umbrella buat vaccine pun, zombie2 ni sume dah rupa tak mcm orang dah. Nampak gaya pun umbrella mcm tak berminat nak cure zombie ni. Amik manusia wat experiment ada la.

2. Sape la agaknye kepala Umbrella Corp yang paling besar ea? Sebab wesker dah dah mati (dalam game RE5). Mcm mana Jill bleh tibe2 kat Umbrella side plak?

3. Apa tujuan Umbrella Corp sebenarnya? takkan sebab duit? kalo dah 1 dunia jadik zombie, apa gunanya duit?

4. Kat mana main HQ diorang sebenarnya ea?

Berminat utk tau susur galur RE?

Movie:
1. Resident Evil
2. Resident Evil Apocalypse
3. Resident Evil Extinction
4. Resident Evil Afterlife

Video game:
Resident Evil (All Title)

p/s: bile la Leon n Ada Wong nak kuar dalam movie kan?

Summary:
My Rating:3.8/5 (Buatkan aku sentiasa perhatikan apa yang berlaku)
Worth to watch at cinema:4/5 (3D. Berbaloi)
Best factor: Reunion chris and claire redfield, adegan lawan giant zombie kat bilik air, adegan alice terjun dari banggunan dan selamatkan diri.
Bad factor: plot simple sgt
Similar to: Selain daripada RE, Zombieland, 28 days later, Zombie Kampung Pisang


current mood: ngantok
Listen to: Real Madrid vs Real soecidad
After this: tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe