01/09/2010

Kalo korang beli kereta, korang tak bayar, kete korang kene tarik balik. Kalo korang beli rumah, korang tak bayar, rumah korang kene lelong. Begitulah konsep dalam citer ni. Bezanya ialah, benda yang korang beli ni agak janggal iaitu organ!

Pada zaman skang, kalo korang nak sesuatu organ baru, kene carik penderma. harapkan luck, kalo sempat dapat sebelum korang mati, dapat la. Kalo tak dapat, maka, selamat tinggal la. Dalam cerita ni, teknologi dah terlalu maju sampai organ boleh dicipta oleh manusia. Maka tak payah lah penanti organ menunggu orang menderma organ. Masalahnya ialah harganya yang terlalu mahal sampai melebihi harga rumah. Tapi, apalah sgt dgn harga satu rumah tu kan kalo nak dinilai dgn kehidupan ni kan? Cuma, takde duit, takdelah kehidupan. suka atau tak, inilah realiti pada akhir zaman ni.

Bila harga dah mahal sgt, orang dah tak mampu bayar. Orang2 yang 'terpaksa' beli organ tu plak orang2 yang miskin2 je. Bile dah tak mampu bayar, tukang tarik aka repo men ni akan amik balik organ tu. tak kira la orang tu mati ke tak. Alkisahnya, dalam citer ni, hero ialah seorang repo men yang pro. beliau dah byk sgt 'tarik' balik organ yang lewat dibayar. Sampai la satu hari beliau telah di'setup' oleh rakan beliau sendiri. Akibatnya, die sendiri terpaksa guna jantung mekanikal tersebut dan menanggung hutang yang tak mampu dibayar. Skang, die sendiri kene larikan diri daripada diburu kawan2 die sendiri.

Citer ni mmg ganas. cara die bunuh orang mmg tak agak2. Main tikam, pancung, pukul ketuk dsb. Mcm dalam citer 300 pun ade. bagi sape2 yang tak ske tgk darah, mmg tak digalakkan tgk citer ni. Kene plak diorang ni siap main cabut2 organ. Aku sendiri pun mcm tak sanggup nak tgk citer yang main darah2 ni. dari segi penceritaan bese2. Aksi pun agak kureng. suasana cerita pun suram dan kurang daya penarik. Yang paling penting skali endingnya tak best. mcm drama melayu plak. Mungkin jugak2 ending2 tergantung ni akan membawa kepada sequel. tapi aku rasa tak pun takpe kot sebb citer ni average je.

Summary:
My Rating:3.0/5 (Still tak terlelap)
Worth to watch at cinema:2.7/5 (CGI tak menarik, sound system pun tak gempak)
Best factor: Ape ea?
Bad factor: Ganas sgt, plot tak menarik
Similar to: takde lagi kot citer mcm ni. unik tak bermakna best.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List