25/10/2010



Aku agak kurang senang dengan kereta-kereta yang dijual kat malaysia ni. Sebenarnya bukan isu besar pun remeh temeh. Tapi majoriti kereta yang dijual kat malaysia ni mesti ada masalah yang common ni, iaitu takde tempat sangkut plastik or air atau nama khas die "Teh Tarik Hook".

Kebiasaannya di malaysia, kita mmg byk guna guna plastik. Beli barang kat kedai, pasar malam, supermarket, beli tertarik kat kedai mamak dsb, memang semua akan guna plastik. Selain itu, kalau ada TTH ni, boleh buat sangkut plastik untuk buang sampah. Biasa la kan, untu perjalanan jauh, kita akan lebih suka makan dalam kereta. Senang sikit nak buang sampah. Takde la selit-selit kat celah mana2.

TTH ni bukan untuk hook yang terletak dekat belakang seat 1st row. Tapi hook dekat dash board untuk driver depan. Bende ni memang sepatutnya ada untuk sebab driver lebih memerlukan sebenarnya. Kat Malaysia ni, setakat ni aku perasan, hanya Exora je yang dah buat. Yang lain takdak. Even kereta mahal-mahal macam swift, vios, Mazda 2 dsb pun takde. Bende tu bukan mahal sangat pun. Tapi manufacturer kemut sangat nak buat.

So in the end, user kene la beli sendiri hook tu kat kedai aksesori dan psang sendiri. Point aku kat sini ialah, beli kereta mahal-mahal sampai berhabis hampir separuh gaji bulan-bulan nak bayar installment kereta, tapi bende yang setakat beberapa sen tu pun manufacturer kemut nak bagi. Ape la..

current mood: sejuk2. huhu
Listen to: Sinar fm
after this: another blog

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe