07/10/2010


Hmm, blog ni ada sikit-sikit unsur 18sx. Tapi tak la beberapa keterlaluan.

Korang perasan tak, kenapa pakaian dalam wanita biasanya dipamerkan terang-terangan dalam shopping complex. Siap dgn berlampu lagi. Cuba tgk pakaian dalam lelaki, hanya dilipat2 dan disimpan dalam kotak aje.

Pakaian dalam wanita siap ada pelbagai jenis design, pelbagai warna, berenda-renda, ada yang tali nipis, tali tebal, ada yang jarang, ada yang terlebih span dsb. Pendek kata, kalo nak pamerkan sume ni, mungkin guna separuh floor la jugak. At least suku la. Berbeza sangat dengan pakaian dalam lelaki. Dari segi design, ada la dalam 2 or 3 design. Warna pun tak pelbagai. Banyak warna gelap-gelap je. Mungkin sesuai dgn imej lelaki yang maskulin.

Dari segi harga, jangan terkejut la kalau ada harga bagi sehelai pakaian dalam wanita, sama dengan harga bagi 3 kotak pakaian dalam lelaki. Sedangkan, kain tak banyak beza pun. Maka, apa yang membuatkan perbezaan harga ini begitu ketara?

Kan benda ni kita pakai kat dalam. Sebab dah nama pun pakaian dalam. Maka tak perlulah beriya-iya designnye. Kecuali la kalau mmg design ni direka untuk kaum hawa yang suka 'tayang-menayang'. Hehe.

Cuma apa yang aku concern kat sini ialah sepatutnye perempuan kene la lebih tertutup tentang perkara-perkara 'perhiasan' mereka berbanding lelaki. Jika di barat, mungkin dah jadik sesuatu yang biasa. Tak boleh nak disamakan dengan budaya ketimuran kita ni.

P/s: aku lebih setuju kalau diwujudkan tempat khas dan tertutup untuk pakaian dalam wanita ni demi menjamin keselesaan mereka untuk memilih dengan tenang. hehe

current mood: kenyang
listen to: sinar fm
after this: another post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe