08/10/2010


Pagi tadi, masa aku on the way nak ke office, aku dengar sinar fm macam biasa. Seperti kebiasaan, celoteh 'trio' sinar pagi memang sentiasa menghiburkan dan menyebabkan aku tersenyum sendiri dalam kereta.

Then, aku ada perasaan salah satu SMS yang dibacakan oleh penyampai itu sendiri yang berbunyi lebih kurang macam ni:

"Nak pakai tudung ni tak boleh dipaksa-paksa. Mungkin bila dah sampai masanya nanti atau bila dah dapat hidayah, barulah boleh pakai"

Sebenarnya, ni ialah alasan yang paling kerap digunakan oleh kaum hawa untuk menjawab soalan, mengapa tidak bertudung? Alasan ni selalunya digunakan oleh golongan artis tanah air kita dan golongan lain juga.

Daripada jawapan ni, ianya menunjukkan bertapa jahilnya mereka ni terhadap hukum Allah swt. Aku sendiri pun bukanlah pakar sangat bab agama ni, tapi perintah Allah tentang menutup aurat ni terlalu simple dan telah disampaikan kepada kita sejak sekolah rendah lagi.

Bagi seorang perempuan yang telah akil baligh, hukum menutup aurat itu wajib. Full stop. Dah tak bleh nak argue lagi dah. Sama jugak macam sembahyang, puasa, zakat fitrah. (betulkan aku kalo salah) Bagi sesuatu perkara yang hukumnya jatuh pada wajib, bermakna jika melakukannya mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa. Simple je kan?

Bagi sesiapa yang argue tentang perintah ini, mereka kene fikir dan renung semula, perintah ni datang daripada siapa? Siapalah kita ni kan nak argue perintah Allah swt ni kan? Kita cuma hambaNya sahaja. Sudah menjadi tugas kita untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Kita langsung tidak berhak untuk argue perintahNya.

Setiap saat bagi seorang isteri tidak menutup auratnya, bukan dirinya sendiri sahaja yang mendapat dosa, malah suaminya jugak akan mendapat 'sahamnya'. Manakala setiap saat anak gadis yang sudah baligh tidak menutup auratnya bukan setakat dirinya sendiri sahaja yang mendapat dosa, malah ayahnya dan adik beradik lelakinya jugak akan mendapat 'sahamnya'. Tidakkah kaum hawa ni kasihan pada muhrimnya?

Aku harap pemahaman di atas (bold) dapat dibetulkan dalam masyarakat kita. Menutup aurat itu wajib. Bukan optional. Kita tahu ke bila kita akan dapat hidayah? Kita tahu ke bila nyawa kita akan dicabut? Sementara nak tunggu hidayah tu, dah berapa banyak dosa yang ditanggung untuk diri sendiri dan muhrim lelaki yang lain? Then kalau sempat bertaubat sebelum meninggal takpe. Macam mana kalau tak sempat? Kita takkan tahu bila nyawa kita akan dicabut...

Bukan berkhutbah, cuma betul diri jua....

Current mood: Kenyang
Listen to: Sinar fm
After this: Main PS2 jap

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers