23/11/2010

Memperkenalkan... aku rasa tak tak payah diperkenalkan lagi. Semua orang dah tahu, kereta yang terpampang dalam gambar di atas ialah kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Inspira.

Well, sebenarnya aku tak minat nak comment kereta macam typical car review website. Sebab aku tak berminat nak tulis benda2 yang sama. Apa yang aku nak tulis dalam Car Talk ni ialah tentang buah fikiran aku sendiri. Maka, kalau ada yang salah tu, aku minta maaf dan harap perbetulkan. Maka, aku memberi penghargaan kepada Proton Inspira untuk menjadi kereta pertama yang dikomen. hehe.

Leaking or Promo?
Sejak daripada Saga BLM lagi aku dah perasan, gambar kereta yang belum launch dah bersepah2 kat internet. Kalau gambar yang diambil secara curi-curi atau masa diorang tengah buat testing tak apa jugak. Tapi dari segi kualiti gambar, sudut kamera dan lokasi gambar diambil, seolah2 macam disengajakan. Mustahil Proton tidak ada polisi secrecy/kerahsiaan. Begitu mudah gambar-gambar kereta baru ini tersebar. Tapi kalau itu memang itu strategi pemasaran Proton, mungkin untuk provoke or promo? tak kisah la. Terpulanglah.

Showroom
Ok, aku telah melihat dan menyentuh sendiri kereta buat pertama kali di Showroom sebelah Giant Shah Alam sec 13 pada hari sabtu jam sekitar 4 petang. Agak memeranjatkan kerana showroom agak lengang. Tak seperti semasa pelancaran Exora dulu, showroom Proton begitu meriah skali. Mungkin kereta ni tidak apa yang suprise kerana rebadge daripada Mitsubishi Lancer. Antara faktor lain mungkin kereta sedan tempatan tempatan kurang digemari kerana kebanjiran kereta sedan dari luar yang mempunyai harga yang lebih kurang sama dengan Inspira.

The Car
Walaupun kereta rebadge daripada Mitsubishi Lancer, tapi auranya tidak sama (of course lah). Boleh dikatakan Inspira adalah Proton Saga BLM yang dibesarkan. Hanya satu sahaja Inspira yang ada dalma showroom tersebut. Berwarna kelabu.Tapi aku tak ingat sama ada 1.8L or 2.0L. Yang pastinya auto. Dari segi dalaman kereta, seperti review yang aku baca, memang hampir2 serupa dengan Lancer. Cuma meter speedo dan tacho je yang berubah. Steering, center cluster, glovebox, shift column, door trim, semuanya serupa. Cuma radio sahaja yang berbeza. Seat untuk driver dan co-driver agak selesa dan mempunya ruang kaki yang luas. Cuma tempat duduk belakang terasa agak sempit dan terasa seolah-olah duduk dalam Saga BLM. Boot kereta sekali tengok boleh dikatakan lebih luas berbanding Persona. Aku agak kagum dengan tayar sebab saiz tayar yang lebar dan tebal (205/60 R16). walaupun aku tak drive, tapi aku boleh predict yang kereta ni ada pemanduan yang selesa dan stabil. Brand tayar ni ialah Continental Comfort Contact. Info sebelum ni menyatakan bahawa Continental develop special compound untuk tayar yang digunakan oleh Inspira.

Salesman dalam showroom tu pun agak mesra dan dapat memberikan jawapan yang memuaskan dari sudut pengguna biasa. Tak terlalu teknikal dan mudah difahami. Cuma salesman tersebut beriya-iya suruh aku book sebab sesiapa yang book sebelum 15 Nov. berpeluang menikmati servis percuma selama 3 tahun. Woohoo. Nampak macam best jer kan?

Performance wise
Sebenarnya aku tak boleh bagi specific tentang performance kereta ni sebab takde ada sesi test drive. Cuma aku boleh memberi pendapat dari segi info pada brochure dan pengetahuan aku yang tak seberapa ni jelah. Well, aku sebenarnya agak terkejut kerana Proton menggunakan CVT kerana original Lancer cuma ada Manual sahaja (betulkan kalau salah yer). Kiranya ini kali pertama Proton mengeluarkan kereta yang menggunakan CVT. Then, aku tertanya pulak, dari mana datangnya CVT ni? Mengikut sumber salesman tersebut, enjin dan CVT adalah sama dengan Lancer. Owh, ok. Lupa pulak kereta ni rebadge. Pada pendapat aku, bila Proton mula menggunakan CVT, maknanya Proton sudah mula ke arah menghasilkan kereta yang menjimatkan petrol. Ini kerana sifat CVT yang membolehkan enjin beroperasi pada pelbagai mode ie: economical, performance, high torque, low torque, bergantung kepada range gear ratio yang CVT tersebut mampu berikan dan ECU mapping enjin. Dalam kata mudahnya dengan CVT, enjin boleh disetkan ke pelbagai mode. Semua dalam satu. Maka tidak hairan la jika fuel consumption (f/c) Inspira yang berenjin 1.8L dan 2.0L boleh mencecah ke 6.3l/100km. Ditambah prestasi engine MIVEC yang sudah sedia terkenal.Walaupun CVT ni agak canggih, tetapi ianya menggunakan torque converter, maka power loss agak tinggi.Sebab itulah, dari segi acceleration performance dan top speed still tak boleh beat Manual (refer brochure). Tapi dari segi f/c mmg CVT lagi better. Inspira mempunyai jisim kosong sekitar 1300kg. Dalam normal range untuk kereta sedan.

The Hidden Benefits
Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa selepas 27 tahun, Proton masih lagi rebagde Mitsubishi. Dengan dana dan support yang diberikan oleh kerajaan Proton sepatutnya sudah berada jauh di hadapan dan setanding dengan gergasi autmotif dunia. Pada pendapat aku, antara kelebihan rebagde ni ialah kereta luar dapat dijual dengan harga yang lebih murah, membolehkan vendor tempatan reverse engineering part-part high performance, increase know how engineer Proton (berapa banyak aku pun tak sure. hehe). Lagipun Inspira ni bukan main project Proton. Target untuk Inspira ni pun sekitar 1600 unit sebulan. Memang Inspira ni akan menggantikan Proton Waja yang telah ditamatkan pengeluarannya. Cuma aku tak faham kerana Proton tidak mengekalkan nama Waja. Tanpa nama Waja ni, tak kelihatan seperti Inspira ni pengganti model Waja. Tiada kesinambungan generasi. Walaupun kereta ni rebadge, so what's the problem? Ramai je auto maker luar yang mengamalkan rebadge. Selain dapat menjimatkan kos dan masa, sebenarnya project rebadge ni digunakan untuk study dan increase know how. Persoalannya sekarang, sampai bila Proton nak habis study?

Conclusion
Dengan apa yang diberikan oleh Proton dalam Proton Inspira beserta dengan harga yang ditawarkan, kereta ini berbaloi untuk dimiliki. Walaupun pesaingnya handal-handal belaka seperti Forte, Vios, City, Cruze, Mazda3, Lancer, Fiesta, Polo, namun dari segi jangka panjang, Inspira mempunyai kelebihan pada Service centre, spare parts disamping engine yang lebih berkuasa dan CVT.

current mood: Ngantuk
listen to: California Girls - Katy Perry feat Snoop Dogg
After this: tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers