27/11/2010


Dalam kehidupan, lazimnya benda yang kita suka tak semestinya akan mendatangkan kebaikan kepada kita. Benda-benda yang menyeronokkan jika tidak di kawal akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari.
Ambil contoh yang paling mudah sekali, iaitu makanan. Sebut sahaja makanan, siapa yang tak suka makan. Lebih-lebih lagi kalau makan free kan? hehe. Kalau boleh, selagi mampu, selagi tak terburai perut, kita nak sumbat semua jenis makanan. Tambahan pula kaum melayu ni yang terkenal dengan masakan yang enak-enak semuanya. Memang tidak dapat dipisahkan masakan melayu dengan lemak dan minyak. Walaupun kita tahu dua elemen ini menyumbang kepada penyakit, tetapi fakta ini tidak dipeduli kerana telah dikaburi oleh keenakannya.

Minuman pula, kalo tak manis tak sah. Siapa yang suka minum air tawar betul tak? Lepas makan lemak dan minyak, kita tambah pulak dengan gula. Sama juga dengan lemak dan minyak, kita tahu gula yang berlebihan akan memudaratkan, tetapi kita masih tak peduli sebab air manis semestinya lebih sedap daripada air tawar.
Biasanya ubat memang tidak ada yang sedap. Tidak ada yang sesedap seperti makanan-makanan diatas. Rata-ratanya pahit dan mempunyai rasa yang pelik-pelik. Sebab tu ubat susah untuk ditelan, lebih-lebih lagi untuk budak2. Memang susah nak suruh makan ubat. Nak kena paksa barulah nak makan. Cuba kalau diberi gula-gula, aiskrim, keropok, tak payah disuruh, cepat je diorang ni makan. Begitulah ubat, ianya memberikan manfaat dan kebaikan, tetapi pahit dan tidak begitu digemari, dan dimakan dalam keadaan terpaksa (kalau tak sakit, buat apa makan ubat kan?)

Dalam kehidupan ini, benda-benda yang memudaratkan memang seronok dan mudah dibuat seperti mencuri, berzina, minum arak, menipu, hisap dadah, muzik, hiburan dsb.Senang je orang nak ikut benda-benda macam ni. Tapi benda-benda yang mendatangkan kebaikan macam sembahyang, puasa, sedekah, hadiri majlis-majlis ilmu, belajar, bekerja, membaca buku ilmiah dsb, susah sangat orang nak buat. Kalau buat pun sebab terpaksa.

Begitulah kehidupan, benda yang tak elok tu, cepat je orang nak ikut. Tapi benda yang baik tu, tak nak ikut pulak.

Current mood: so-so
Listen to: Aston Villa vs Arsenal
After this: Another post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers