23/11/2010


Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Tidak kisah la apa yang kita buat, ianya akan terus berjalan tanpa henti dan sehala ke depan. Tidak mungkin akan berpatah balik. Beruntunglah bagi sesiapa yang telah membuat pilihan yang tepat pada masa lepas untuk kesenangan masa sekarang dan berdukacitalah kepada sesiapa yang membuat pilihan yang kurang tepat yang tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Yang pastinya, ianya akan terus berjalan tanpa menunggu sesiapa pun...

Cewah, dah lama tak update blog ni. Saja je buat intro yang puitis2 sket. hehe. Alasan yang standard, BZ. hehe. Well sebenarnya nak kata bz sangat pun tak jugak. Cuma tak ada kesempatan dan kelapangan je sebenarnya. Lagipun aku 'ter'banyak sangat tulis dalam kepala. Tak sempat nak keluarkan.

Sedar tak sedar, dah minggu terakhir bulan November, tup tup, dah Disember, tap tap dah 2011. Begitulah masa, memang begitu pantas berlalu tanpa disedari. Dah nak dekat tahun baru ni, kita dah boleh fikirkan plan untuk tahun depan. Azam baru? Azam la ntah dah tercapai ke tidak. Hehe.

Tak kisah apa pun yang berlaku, masa akan terus berlalu. Terpulang lah kepada kita sama ada nak berubah menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk atau kekal saja di takuk lama. Pilihan di tangan anda. hehe

Current mood: letih
listen to: sinar fm
after this: another blog

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers