02/11/2010


Secara teorinya, sesebuah kapal terbang memerlukan halaju at least 180 km/h untuk terbang. Bermaksud, kapal terbang tidak akan terbang selagi halaju minimum ini tidak dicapai. Tapi 180 km/h ni minimum. Untuk membolehkan ianya terus terbang, ia perlu mencapai at least 250 km/h untuk terus terbang.

Kereta lumba seperti F1, GT car, Nascar, Veyron, Ferrari, Koegnigsegg, Lamborghini sebenarnya dapat mencapai 180 km/h ini dengan kacang. Malah, top speed untuk kereta-kereta macam ni selalunya berada di sekitar 300 km/h. Lebih daripada halaju yang diperlukan untuk terbang. Tetapi kenapa kereta tidak boleh terbang?
Sebab 1: Daya Gerakan
Untuk sesebuah kereta, kuasa datang daripada engine dan disalurkan ke gearbox, seterusnya ke differential, diikuti dengan drive shaft dan akhirnya barulah sampai ke tayar. Maka kuasa yang menggerakkan kereta berada pada tayar. Tetapi kuasa ini tidak ada makna sekiranya tayar tidak mencecah tanah kerana kuasa tidak dapat disalurkan. Senang sahaja, boleh tak kereta tu bergerak kalau tayarnya tidak cecah tanah?

Jika diberikan sebuah sayap, tidak mustahil kereta-kereta ini boleh terbang. Secara teorinya memang ia mampu terbang tetapi untuk beberapa ketika sahaja. Ini kerana, ketika berada di udara, kereta akan hilang sumber kuasa (tayar tidak cecah bumi). Secara automatiknya kereta akan jatuh semula ke permukaan bumi. Sebab itu kereta tidak boleh terbang.

Berbeza dengan kapal terbang di mana sumber kuasa yang datang dari engine akan terus ditujahkan ke belakang yang menyebabkan daya tujahan (tolakan) yang kuat. Tidak kira ketika berada di atas darat ataupun udara, sumber kuasa bagi sesebuah kapal terbang tidak berubah iaitu daya tujahan dari enginenye. Ini membolehkan kelajuan terus memecut sehingga ke kelajuan 1000 km/h.

Kereta dan kapal terbang mendapat kuasa daripada engine tetapi daya yang menggerakkan kereta dikenali sebagai "Traction force" manakala daya yang menggerakkan kapal terbang ialah "Thrust Force".

Sebab 2: Aerodynamic Design
Daya rintangan udara (aero drag) akan menghasilkan dua kesan 'lift' dan 'drag'. Kesan lift ini akan menyebabkan kenderaan akan terangkat ke udara seolah-olah terbang manakala drag akan menyebabkan kenderaan akan makin ditekan ke tanah.
Kedua-dua kesan ini sama, lagi tinggi halaju, lagi kuat kesannya cuma efek sahaja yang berbeza.

Disebabkan kereta perlu 'melekap' ke tanah untuk bergerak, maka kereta direka dengan kesan aerodynamic 'drag'. Berbeza dengan kapal terbang yang direka dengan kesan aerodynamic 'lift' supaya lagi senang terbang.

Maka walaupun kereta ada kepak, masih lagi susah untuk terbang sebab mmg kereta direka untuk melebih melekap di atas tanah.

Begitulah sebabnya kenapa kereta tak boleh terbang. Kalau nak buat jugak kereta terbang, kene fikirkan teknologi lain la. Sedangkan atas jalan yang 'teratur' tu pun dah banyak eksiden. Bayangkanlah kalau kereta bersepah-sepah terbang di atas udara. Lagi banyak kot eksiden.


Current mood: kenyang
Listent to: Careless whisperer - wham
After this: another blog.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers