02/12/2010


Kehidupan sebagai 'working adult' yang telah aku lalui sepanjang 3 tahun ni sangat lah tidak sihat. Pemakanan yang berlebihan, minuman manis at least 4 kali sehari dan kurangnya rutin senaman yang konsisten akibat kekurangan masa yang dihambat oleh dunia pekerjaan. Akibatnya, pertambahan berat badan akibat lebihan lemak di dalam yang tidak dibakar sukar untuk dibendung.

Maka salah satu solution yang aku cuba amalkan sekarang ialah dengan mengambil oat setiap hari. Baru-baru ni je aku amik oat ni sebab terpengaruh dengan iklan di TV yang menyatakan oat ni boleh menyerap cholestrol di dalam badan. Hasil daripada sedikit pembacaan mengenai oat, ternyata memang benar.


Nasib baik la oat ni murah. Jika hendak dibandingkan dengan makanan kesihatan yang lain memang terlau jauh bezanya. Aku pun terkejut sebenarnya bila tengok harga oat ni. Yelah, aku tak pernah beli oat pun sebelum ni. Aku pun tak ingat sama ada aku pernah makan oat ke tak. hehe

Seperti yang aku mention dalam entry sebelum ni, makanan yang berkhasiat ni memang tak sedap. Sama la jugak macam oat ni. Masa mula-mula nak makan, aku rasa macam nak muntah pun ada. Tak sedap! Nak habiskan satu mug pun susah.

Aku pun terfikir, macam mana la nak buat bagi oat ni sedap di makan. Nak tambah gula, macam no point la pulak, sebab dah banyak dah gula dalam minuman. Then, aku pau satu Milo 3in1 daripada member aku, aku cuba mix kan dengan oat. Hasilnya adalah seperti di bawah:
Sekali tengok, macam coklat ferrero roche yang baru lepas diadun. Nampak lebih menyelerakan. Rasanya? Memang improve berbanding kalau makan oat sahaja. Takde la rasa manis sangat. Tapi at least ada rasa. Lagipun milo sebenarnya kaya dengan vitamin B-Complex. Baik untuk kecerdasan otak. yeke? hehe

Kini oat lebih sedap dimakan dan lebih berkhasiat. hehe

Current mood: So-so
Listen to: Tilu - Ku bukan aku
After this: Next entry

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers