14/12/2010

Aku dah memandu Honda Freed ni, dan berikut ialah komen aku secara peribadi,

Body:
1. Bahagian depan menarik, moden dan aerodynamik. Bahagian belakang terlalu rata. secara keseluruhan seperti bongkah segitiga disambungkan dengan kiub.
2. Pintu belakang besar dan luas sesuai untuk kenderaan keluarga. Tapi ini menjadikan Freed lebih kepada van berbanding MPV.
3. Styling line yang di bahagian sisi dan pintu belakang berjaya menyelamatkan design body secara keseluruhan daripada menjadi terlalu bosan dan tidak menarik.
4. Berat kosong (Kerb weight) 1335 kg. Lebih berat berbanding Alza (1100kg).

Seat:
1. Ada sumber menyatakan 4+2. Tapi aku rasa tiada masalah untuk memuatkan 7 orang. Mengikut brochure malaysia, 7 seater. Memang tiada masalah.
2. Formation 2-2-3. sama seperti Alphard dan Starex. Formasi ini memudahkan penumpang untuk ke 3rd row dan lebih selesa berbanding formasi 2-3-2 yang memerlukan sear 2nd row dilipat untuk ke 3rd row.
3. Penumpang untuk semua row tiada masalah untuk menukar tempat duduk tanpa perlu turun dari kereta. Aku dah buat sendiri semasa kereta sedang bergerak. Sangat berguna esp masa hari hujan atau pun berhenti di tempat2 bahaya.

Dashboard, Instrument Panel, Meter Cluster
1.Unique. Tak pernah jumpa lagi design seperti ini. Design ini membolehkan dahsboard kelihatan lebih luas.
2. Tempat letak minuman terletak di atas dashboard. Lebih ergonomik dan sesuai berbanding di bawah.
3. Radio brand Alpine yang kelihatan agak mewah. Kualiti audio jugak tidak mengecewakan.
4. A/C control button simple dan bosan. Design seperti button radio lama. Walaupun ada A/C automatic, tetapi display A/C sangat simple macam display calculator scientific. Tetapi masih boleh dibaca dengan mudah.
5. Gear knob jenis IP shift. kedudukan N dan D agak mengelirukan kerana kedudukan merek tidak pada aras yang sama.
6. Meter cluster pun unique dan kelihatan canggih. Cuma tachometer tu kurang sesuai untuk jenis digital kerana susah untuk mengagak berapa bacaan tacho sebenar.
7. Plastik untuk IP dan komponent lain jugak bleh dikatakan standard untuk pasaran negara membangun. Mewujudkan rasa murah selain nipis. Tetapi masih lagi dalam julat boleh diterima.

Powerplant (Engine)
1. i-VTEC 1.5L (L15A). Aku rasa patut guna i-DSI untuk lebih fuel economy. Tetapi mungkin body kereta yang berat menyebabkan i-VTEC lebih sesuai.
2. Kawan untuk i-VTEC ini ialah 5AT gearbox. Boleh dikatakan sesuatu yang baru kerana kebanyakan kereta AT di Malaysia hanya ada 4AT sahaja.
3. Sekiranya full throttle, bunyi engine kedengaran agak kuat di dalam passenger compartment dan jika diteliti, kita akan dapati ada gegaran pada IP juga.
4. walaupun bagaimana pun, engine yang digunakan masih lagi sesuai terutamanya untuk kenderaan keluarga di mana kelajuan tidak menjadi keutamaan.

Performance
1. Dari segi acceleration performance, tidak apa yang boleh diharapkan disebabkan body kereta yang berat, tetapi acceleration tu cukup lah untuk memotong lori dengan selamat.
2. Aku agak terkejut melihat tachometer ketika kereta bergerak pada 100km/h. Bacaan pada tacho ialah 2000rpm. Aku ingatkan tacho tu problem. Then aku teringat, kereta ni ada 5 gear AT. Gear ke-5 ni membolehkan engine speed dikurangkan. Ini sangat berguna untuk constant speed esp di atas highway untuk fuel economy.
3. Tiada apa yang menarik pada throttle response. Walaupun ada lagging, tetapi masih lagi dalam julat boleh diterima.
4. Top speed aku tak cuba lagi. Cuma dari segi technical spec, paling kuat pun kereta ni boleh pergi antara 150-160 km/h pada jalan rata dan zero headwind.

Handling, Stability, Braking
1. Suspension system telah di-tune dengan baik. Balance antara comfort dan stability. Walaupun kereta ini tinggi, tetapi body roll masih boleh diterima. Masih rasa selamat.
2. Walaupun dilengkapi dengan Electrical Power Steering (EPS) tetapi feeling steering agak teruk. Ini kerana steering tiada feel 'self centering' rasa seperti steering permainan arked.
3. Braking performance untuk kereta ini, agak baik. Pedal feeling dan braking force memang sesuai untuk body Freed yang agak berat. Brake depan jenis disc manakala drum untuk belakang.

Conclusion
Freed ialah kereta yang sesuai dan praktikal untuk keluarga. Cuma category yang lebih sesuai untuk Freed ialah Mini-Van berbanding MPV. Freed yang dijual di Malaysia ini dibuat di Indonesia. Macam biasa, kereta ini telah di-lo-gradekan untuk pasaran negara membangun berbanding untuk pasaran Jepun. Harga yang ditawarkan juga agak melampau, antara RM112k - RM115K. Terus terang, dengan harga sebegini, ianya tidak berbaloi kerana banyak lagi kereta lain yang lebih menarik boleh dibeli kecuali untuk peminat Honda.

Curren mood: bese-bese
Listen to: Paling comel - arwah Achik & Nana
After this: Buat teh jap

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers