01/12/2010

El clasico memang sentiasa dinanti-nantikan sepanjang tahun. Cuma tahun ini lebih menarik untuk ditonton atas beberapa sebab. Sebelum itu, bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu El clasico, boleh la refer di sini.

Sebab 1: Mourinho The Special One
Sebagai manager yang pernah memenangi treble di Portugal, England dan Italy, kini beliau membimbing pasukan yang memang sudah sedia kuat, The Galacticos aka Real Madrid. Gabungan kedua-dua unsur ini menjadikan Real Madrid kembali bertenaga setelah kelesuan dan ketandusan kejuaraan sejak 5 tahun lepas. Boleh dikatakan gabungan Mourinho dan Real Madrid sudah lama dinanti-natikan dan boleh dikatakan seperti Dream Team.

Sebab 2: Unbeaten
Sebelum El clasico 2010 ini bermula, hanya ada 2 pasukan sahaja yang masih tidak kalah sepanjang musim ini iaitu Real Madrid dan Manchester United. Maka adakah real mampu untuk kekalkan rekod tanpa kalah diorang bila berdepan Barcelona?

Sebab 3: Ronaldo's comment
Mingu lepas, kedua-dua pasukan ini telah 'melauk' lawan masing-masing. Real Madrid menang 5-1 dan Barcelona menang 8-0. Ronaldo dan Messi menjaringkan hatrik masing-masing. Cuma ketika Ronaldo ditanya mengenai perlawanan semalam, beliau menjawab "Their winning is nothing for me. Let see if they can score 8 goals against us". Jawapan yang agak riak atau pun overconfident tetapi akhirnya makan diri.

Ok, terus terang cakap aku memang tak tgk match semalam sebab tak sedar. Aku dah kunci jam, tapi tak sedar. Maka aku hanya mampu tengok highligts dan ulangan je la.
Perlawanan agak kasar, 12 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan. Permainan agak kasar terutamanya Real Madrid terutamanya apabila ketinggalan 4-0. Alang-alang dah kalah, belasah jela. Puas hati sikit.

Ada dua insiden mencari permainan, 1st; Ronaldo menolak muka Pep Guordiola masa nak ambil bola untuk throw in. Walaupun dihambat oleh pemain Barca, Ronaldo siap senyum-senyum dan gelak lagi. 2nd:Sergio ramos menolak muka Carlos Puyol. Memang Ramos ni emo betul sebab sebelum tu, dia sengaja je takik kaki Messi, lepas tu tolak muka orang. Akibatnya dia dilayangkan kad merah.

Dari segi permainan memang Barca menguasai. Barisan bintang Real Madrid yang mahal tu seolah-olah macam tak tahu main termasuk Ronaldo. Bola banyak berlegar dalam kawasan Real dan pemain-pemain Barca berleluasa menguasai posession. Gol gol Barca dijaringkan oleh Xavi, David Villa (2),Pedro dan Jeffron. Perlawanan yang dianggap Ronaldo vs Messi pada awalnya. Namun, kedua-dua star ini tidak score.

Mourinho menganggap kekalahan ini yang terburuk sepanjang karier beliau. Aku pun tak sangka result macam ni. Aku bajet match ni akan seri atau pun Real memang tipis. Lepas bangun tido pagi tadi, aku terus check kat internet, terkejut jugak aku. Ingatkan mimpi lagi, rupanya memang betul 5-0.

Anyway, ada satu lagi El clasico kat Madrid, kita tengok sama ada Real boleh menebus maruah diorang atau akan dimusnahkan di ground diorang sendiri.

current mood: Ngantuk sket
Listen to: Itulah sayang by The Ramlees
After this: Another post.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers