17/12/2010


Aku rasa masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang menewaskan Vietnam pada separuh akhir pertama di Bukit Jalil semalam. Cuma aku tidak berkesempatan untuk ke sana kerana ianya diadakan pada hari bekerja dan jarak ofis aku yang jauh dari Bukit Jalil akan menyebabkan aku tidak dapat melihat full match. Maka aku cuma menonton di stadium astro sahaja aka kat rumah la. haha.

Kehadiran penyokong Malaysia pada malam itu memang membanggakan dan memberangsangkan. Jarang kita dapat lihat kehadiran penyokong sebanyak itu 3 atau 4 tahun lepas. Ini tidak lain tidak bukan kerana peningkatan mutu bolasepak Malaysia dalam tempoh masa ini. Dianggarkan lebih kurang 30 ribu penonton yang hadir. Pastinya meriah dan riuh sakan la.

Pada separuh masa pertama permainan agak seimbang, kedua-dua pasukan saling mneyerang dan bola banyak jugak berlegar di tengah kerana kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati untuk mengelakkan layangan kad yang akan mungkin akan menyebabkan merea tidak dapat bermain pada separuh akhir kedua atau final. boleh dikatakan permainan agak hambar dan perlahan.

Permainan Malaysia berubah kepada serangan pada separuh masa kedua. Hasil asakan bertubi-tubi akhirnya malaysia memperolehi jaringan pertama hasil tandukan cantik safee sali yang menyudahkan sepakan percuma safiq rahim. Diikuti pula dengan gol kedua hasil penyudahan safee sali akibat tangkapan kurang kemas daripada penjaga goal vietnam.

Berbekalkan 2 gol dan 0 away gol untuk vietnam, boleh dikatakan malaysia agak selesa untuk separuh akhir kedua di Vietnam pada sabtu ini. Seri sahaja sudah memadai untuk malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir. Diharapkan pasukan malaysia dapat mengekalkan kelebihan ini dan melangkah ke perlawanan akhir.

Sebenarnya, tidak kisah la sama ada Malaysia layak ke perlawanan akhir, menjuarai Piala AFF ni atau tidak, kerana 100% pasukan Malaysia ini terdiri daripada anak tempatan, orang Malaysia daripada Jurulatih sehinggalah pemain, tidak seperti pasukan ASEAN yang lain terutamanya INDONESIA yang konon-kononnya mempunyai semangat Nasionalisme yang tinggi, sehingga sesuka hati menuduh orang lain pencuri, tetapi mengambil pemain import dan jurulatih import.

Good luck to Malaysia, aku sentiasa menyokong pasukan malaysia :)

HARIMAU MALAYA!!!

Current mood: Ngantuk sket
Listen to: Sinar fm
After this: next entry

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers