03/12/2010

Dah merata dah kat dunia sekarang ni orang mencanang dan menceretikan tentang kesan rumah hijau ataupun "Green house effect". Untuk keterangan lebih lanjut, boleh refer kat sini. Tapi aku rasa gambar di atas telah cukup untuk menerangkan tentang rumah hijau ni.

Dengan gaya kehidupan moden pada masa kini, sebenarnya agka sukar untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Ini kerana sumber tenaga utama pada masa kini ialah pembakaran minyak fosil. Daripada kenderaan, sampailah power plant yang menghasilkan elektrik, majoritinya akan membakar minyak untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran minyak fosil yang berleluasa ini, akan menghasilkan gas-gas yang tidak sihat dan mencemarkan udara.

Satu cara yang paling mudah untuk menyelamatkan bumi kita yang semakin tidak stabil ini ialah dengan kembali ke cara hidup orang zaman batu. Tak payah guna elektrik, tak payah bawak kenderaan, tak payah internet dsb. Tanpa semua ini, pembakaran bahan fosil dapat diminimumkan dan sekaligus mengurangkan pencemaran.

Sedar atau tidak, kemajuan teknologi ini menjadikan manusia semakin manja dan malas. Tak ramai orang sanggup berjalan kaki untuk ke sana dan ke sini. Takde orang yang sanggup berpanas didalam rumah/ofis, takde orang yang sanggup menggantikan lilin or pelita menggantikan lampu elektrik, takde orang yang sangguo untuk berpanasa dalam kereta, dsb. Memang tidak dinafikan, kemajuan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih mudah, selesa dan selamat tapi dalam masa yang sama kita sebenarnya sedikit demi sedikit merosakkan bumi kita.

Ada beberapa filem yang dibuat untuk menunjukkan apa akan jadik kalau kita tidak membendung isu Greenhosue seperti The Day After Tomorrow dan 2012. Menurut 2 filem ni, kesannya sangat dasyat dan boleh membunuh jutaan nyawa. Ada sebab la untuk kita ambil perhatian kedua-dua filem ni sebab cerita sains fiksyen macam ni perlu dibincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum difilemkan untuk mengelakkan pelbagai pertikaian. Aku memang tak boleh imagine kalau ada ombak yang setinggi Everest seperti yang terdapat di dalam filem 2012.

Orang barat paling lantang memperjuangkan tentang Green hoouse effect ni, tetapi sebenarnya mereka sangat hipokrit. Dengan kemajuan yang pesat mereka, mereka inilah sebenarnya yang menjadi penyumbang utama kepada pemanasan global. Ambil contoh mudah, negara-negara barat terus menghasilkan kereta-kerata berkuasa tinggi yang akan lebih banyak minyak. Berbeza dengan negara timur, yang sudah lama menghasilkan kereta yang kurang membkar minyak. Sebab tu kereta-kereta asia ni kebanyakannya kecil dan menggunakan enjin yang kecil juga. Amerika syarikat ialah negara pengguna minyak no satu dunia. Maka mereka menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam sebenarnya.

Dengan keadaan bumi yang semakin huru hara ni, sebenarnya tidak sukar untuk membendung masalah ini, cuma ubah cara hidup kita sahaj. Tetapi sejauh manakah kita sanggup untuk mengorbankan keselesaan kita untuk bumi?

"Walaupun kereta Flinstone ni sangat la menyeksakan, tetapi mereka sekeluarga tetap gembira"

Current mood: Ok lagi.
Listen to: Aku dan kamu - Flop Poppy
After this: Next Entry.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List