08/12/2010

The Ticket

KLIMS 2010 ialah edisi ketiga (kalo tak silap). 1st edition tahun 2003, then 2nd tahun 2006 dan yang latest ialah tahun 2010.

KLIMS Entrance

Walaupun tahun ni tahun ketiga diadakan, tetapi tiada pembaharuan yang ketara yang dibawa dalam edisi kali ini. Hampir serupa seperti edisi sebelum ini. Penyertaan gergasi automotif dari europe dan amerika, amat kurang. Hanya Peugeot, Chevrolet dan Maserati sahaja yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga LOTUS yang 'menumpang' di booth Proton. Hanya syarikat autmotif dari asia sahaja yang terlibat menjayakan edisi kali ini.
Peugeot Le Mans

Di mana BMW, Mercedes, Renault, Volkswagon, Porsche, Ford, Alfa Romeo, Jaguar, Volvo, Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce, Bently, Bugatti, Citroen? Mengapa mereka tidak mengambil bahagian? Aku tidak tahu sebab kenapa mereka ni tak join. Mungkin sebab pasaran kereta mereka ni tak meluas di Malaysia. Berapa ramai je pun sebenarnya yang guna kereta Continental ni kan?

Disebabkan kurangnya penyertaan gergasi-gergasi ni, maka sedikit sebanyak menyebabkan KLIMS ni terasa kurang prestij. Tidak payah tengok jauh-jauh, tengok la Thailand dan Singapore motorshow. Lagi meriah jika nak dibandingkan dengan KLIMS.

Sebenarnya boleh dikatakan KLIMS ni lebih kepada 'showroom' kerana kebanyakan kereta yang dipamerkan ialah kereta yang sudah 'mass pro'. Setakat nak tayang kereta 'mass pro' ni, tak payah buat motorshow pun takpe. Pergi showroon je sudah. Free lagi. Tak payah nak bayar-bayar. Contohnya, Nissan, Peugeot, Hyundai, Kia, Cherry dan ada lagi beberapa, kereta kat booth diorang ni kebanyakannya dah 'mass pro'. Maka tidak ada apa-apa yang menarik.

Bumblebbe

Ada jugak company yang ok mcm Proton, Perodua, Toyota, Honda dan beberapa lagi, aku agak puas hati sebab booth diorang ni barulah boleh dipanggil motorshow. Banyak kereta concept, byk info pasal company dan latest tech, interactive dan menarik.

Perodua Bezza Concept

Dah la KLIM ni tidak diadakan setiap tahun dan perlu menunggu beberapa tahun. Then bila dianjurkan tak se-gah International Motorshow luar. Agak mengecewakan untuk peminat-peminat kereta di Malaysia.
Apa yang aku harapkan daripada International Motorshow macam ni ialah:

1) Penglibatan gergasi-gergasi dunia autmotif seluruh dunia.
2) Kereta yang latest technology. Concept is better than mass pro.
3) Rare car mcm F1, Le-Mans, Nascar, Rally.
4) Booth yang interactive dan ada demonstration.
5) Lebih byk supercar, luxury, latest tech dan kereta ni boleh disentuh.

Antara perkara yang menarik tentang KLIMS kali ini ialah:

1) Booth Proton dan Perodua semakin menarik berbanding 2 edisi sebelum ini.
2) Semakin banyak concept car dipamerkan.
3) Ada beberapa booth yang interactive dan friendly exhibitor.
4) Ada cabutan bertuah.
5) Ada show 'wonder girl' Malaysia. hehe

Antara perkara lain yang menghampakan tentang KLIMS kali ini ialah:

1) Kereta-kereta mewah duduk dalam kandang. Tak boleh disentuh. Orang malaysia ni low standard sangat ke sampai tak bleh sentuh Ferrari, Lamborghini?
2) Cas-cas yang mengarut. Nak ambil gambar dengan Bumblebee, Ferrari, "Batmobile" (Manila kad dan polistrin) kene bayar RM15. Tak cukup ke dengan tiket masuk?
3) Banyak pulak kedai spare part dan accessory. Ni motorshow ke accesories show?
4) Takde demonstration. just letak kereta sebijik, letak sorang amoi kat sebelah.
5) Batmobile dan Bumblebee indah khabar dari rupa terutamanya 'Batmobile'. Macam props filem zaman P Ramlee or Mat Sentul jer. Tapi nak ambil gambar kene RM15. *&^#(@
6) Kurang merchandises dan goodies berbanding 2 edisi sebelum ni.
7) Tiket boleh diconsider mahal untuk Motorshow 'showroom' based.
7) Model pun kurang cun. hehe
8) Takde surau. Nak sembahyang kene pergi luar. Masalahnye sekali dah keluar, tak boleh masuk balik.

Anyway, tahniah jugak diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan event yang besar ini. Masih banyak yang boleh diimprove untuk edisi akan datang (kalau ade la).

The Pathetic BATMOBILE ever!

Current mood: Biasa-Biasa
Listen to: sinar fm
after this: next entry

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe