11/12/2010

Ok, sebenarnya aku bukan orang pertama yang menulis tentang batmobile ni. Dah banyak dah bloggers meluahkan kekecewaan dalam blog masing-masing. Sebagai seorang yang kecewa dengan Batmobile, aku pun nak tulis jugak kekecewaan aku. Walaupun agak lambat, late is better than never aite?

The Promo

Aku agak teruja jugak la bila tengok promo pasal BM ni. Macam tak percaya pun ada. Biar betul, BM akan menjadi salah satu pameran KLIMS2010. Walaupun aku tak beberapa minat Batman, tetapi nak jugak tengok kecanggihan mamat kelawar ni.

The Real Batmobile
Jika mengikut promo, BM yang akan ditayangkan ialah BM yang latest. Bukan 60-an punye BM yang berbentuk futuristik. Maka aku pun browse balik gambar BM yang latest sebab dah tak beberapa ingat bentunye. Bentuknye ialah seperti gambar di atas. Sekali tengok mmg nampak gagah. Yela, kenderaan super hero kan?

KLIMS 2010 Batmobile
Aku terkedu seketika bila melihat BM di depan aku. "Eh, takkan macam ni je BMnye?" Dah la BM ni terletak di hujung-hujung exhibition. Daripada masuk sampai nak keluar, aku asyik tertanya-tanya, mana la BM ni kan? Setelah penat lelah berjalan, akhirnya gambarnya seperti di atas. Erk... Takkan Batman naik kete macam ni? BM ni tak ubah macam props filem era 60an, 70an. Macam buat gune manila kad dan polistrine, bersegi-segi, betul betul la macam bahan pameran sekolah rendah pun ade. Aku harap la kan ada somebody curah petrol, lepas tu campak api kat BM ni. Tengok je dah tau BM ni jenis flameable. Apela.

Yang paling ultimate tak boleh blah ialah kalo nak bergambar kene bayar RM15. What the &%&#(!*. Dah la KLIMS ni agak hambar, ditambah pulak dengan pathetic Batmobile ni, aduhh. Come on la, kalau nak buat tu, buat la betul-betul sikit. Serius la sikit. Ni buat malu kat local dengan foreigners jer. Sebenarnya ada jugak motorbike Batman dalam KLIMS 2010 ni. Cuma malas dah aku nak taip. Lebih kurang je macam BM ni.

Once again,

THE PATHEHIC BATMOBILE EVER!!

Current mood: Bese2
Listen to: Sinar fm
After this: tido.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe