01/12/2010

Kuala Lumpur International Motorshow 2010 (KLIMS 2010) akan berlangsung pada 3- 12 Dec 2010 iaitu akan bermula secara rasminya pada jumaat ini. KLIMS ini akan diadakan di PWTC seperti tahun-tahun sebelum ini. Cuma apa yang bestnye, dari rumah aku nak ke PWTC cuma dalam 10 minit je naik STAR LRT. Senang, mudah dan jimat. KLIMS ni memang sentisa dinanti-nantikan oleh penggemar kereta macam aku. Since aku bekerja dalam bidang automotif, maka KLIMS boleh dikatakan wajib untuk dihadiri.

Nama pun dah international motorshow, maka pameran ini akan disertai oleh pelbagai syarikat automotif dari seluruh dunia. Exhibition ini akan digunakan oleh manufacturer untuk mempamerkan kebolehan mereka dari segi menghasilkan kereta baru. Jika bernasib baik, mungkin boleh menyaksikan kereta-kereta prototype ataupun concept car. Dalam motor show ni macam ni jugak membolehkan kita melihat kereta-kereta sport yang exotic (kalau ada) dengan lebih dekat.

Bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam bidang automotif, sebenarnya KLIMS ini sangat membantu. Anda boleh memahami beberapa aspek mengenai kereta seperti konsep, rekabentuk, teknologi terkini dan kebolehan beberapa gergasi syarikat automotif. Memang tidak rugi. Masa zaman student dulu, aku sanggup datang dari JB ke KL semata-mata untuk pergi ke KLIMS ni. Banyak faedah boleh diperolehi daripada event ni.

Cuma aku agak terkilan dengan KLIMS ini ialah ianya kurang 'meriah' berbanding dengan Motorshow di luar. Tak payah jauh-jauh, amik Thailand pun dah cukup. Meriah di sini bermaksud dari segi penglibatan syarikat-syarikat automotif dunia. KLIMS hanya disertai oleh syarikat automotif yang mengutamakan 'normal user'. Mean hanya kereta-kereta yang sudah di mass pro dan kereta-kereta biasa yang boleh kita dapati di jalan raya negara kita. Tak banyak concept car dan exotic car. Kalau ada pun, kereta tu dah keluar di autoshow yang lain sebelumnya. Untuk tengok kereta exotic pun harapkan NAZA. Itupun tak boleh dekat dan sentuh. Cuma boleh tengok dari jauh. Boleh dikatakan kereta-kereta yang ada agak membosankan. Cuma aku berharap tahun ni ada kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Cuma aku agak happy bila syarikat auto tempatan, Proton dan Perodua akan mempamerkan kereta concept masing-masing buat julung-julung kalinya. Sesuatu yang tidak ada dalam dua KLIMS sebelum ini. Bagi aku ini ialah satu perkembangan yang sihat untuk kedua-dua syarikat tempatan. Seperti KLIMS yang lain yang mula menekankan konsep hybrid dan electric vehicle, maka aku expect KLIMS pun akan iktu trend yang sama dan ini membolehkan kita menyaksikan pelbagai kereta hybrid dan EV.

Current mood: Ngantuk
Listen to: sinar fm
after this: tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List