26/12/2010


Malam ni aku sorang2 kat umah. Wife aku pergi penang. Atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat joint. Lagipun aku ada kenduri membe aku kat Seremban.

Malam ni aku memang dah lapar. Tapi kalau nak tapau kat kedai, sekarang mesti tengah ramai sebab orang tgk live Malaysia lawan Indonesia. Kalau order mesti lamabt sampai punye.

Aku kalau sorang-sorang ni malas nak masak. Yelah, leceh. Lagipun tak feel makan sorang-sorang ni. Then, aku teringat 'kotak makanan' aku masa bujang dulu. Kalau tak silap aku, ada lagi maggi dalam tu.

Lepas punggah punye punggah, memang aku jumpa. Aha, terselamat la aku malam ni. Aku pun panaskan air. Bila air dah mendidih, aku cek expired date... 18.10.10. Aduh, dah expired dah rupanya. Nasib baik aku tak masukkan terus dalam periuk tu.

Walaupun kecewa, tetapi disebabkan kelaparan, aku menyelongkar semua doorgift yang aku dapat masa kenduri kawen bulan ni. Agak banyak jugak makanan dalam tu, kerepek, muffin, bahulu, gula-gula, jelly. Ah, terselamat jugak aku akhirnya. Jadik la setakat nak alas perut sampai pagi esok.

Moral of the story: Kalau nak masak megi, tgk dulu expired date sebelum panaskan air.

Current mood: Kenyang
Listen to: MU vs Sunderland
After this: Tukar theme kot.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers