03/12/2010

Aku pun tak tahu macam mana isu penggabungan ni boleh muncul. Macam tiba-tiba pop-up. Kenapa sekarang? So, aku pun ada pendapat aku sendiri mengenai penggabungan ni hasil daripada pengalaman, pemerhatian dan sembang-sembang kosong dengan senior aku.

Sebenarnya, istilah penggabungan ni agak mengelirukan dan tidak sesuai digunakan. Proton dan Perodua dua syarikat dengan entiti yang berlainan, cara bisness yang berlainan, produk yang berlainan, teknologi berlainan dan cara pemikiran yang belainan. Cuma satu sahaja yang sama iaitu kedua-dua company ni berasal daripada Malaysia dan GLC. Oleh kerana terdapat kepelbagaian dari segi kelainan ini, maka agak sukar untuk melaksanakan penggabungan walaupun tidak mustahil.

Pelbagai perkara perlu dibincangakan dengan teliti dan jelas jika penggabungan ini hendak dijadikan kenyataan seperti isu pembuat keputusan, kedudukan syarikat, pemindahan teknologi, pembanggunan bersama, perkongsian maklumat sulit dan sebagainya. Semuanya perlu jelas dan kukuh untuk mengelakkan masalah dan pertikaian di kemudian hari.

Tetapi dalam banyak-banyak faktor di atas, yang paling menyukarkan untuk penggabungan ini ialah manusia itu sendiri atau lebih tepat lagi ialah keegoan manusia itu sendiri. Bila bercakap tentang organisasi, pasti ada hierarki dan pangkat. Penggabungan dua syarikat menjadi satu akan menyebabkan konflik dalam menentukan kedudukan dalam hierarki. Kalau boleh masing-masing ingin menjadi tua, memberikan arahan dan membuat keputusan.

Keegoan Proton ialah mungkin sebagai 'abang' mereka lebih berhak untuk berada di atas. Manakala keegoan Perodua ialah prestasi jualan mereka dari hebat dari Proton, maka mereka lebih layak untuk berada di atas. Jelas di sini, penggabungan bukanlah sesuatu yang mudah consider masing-masing ada ego dan pride mereka itu sendiri. Berbeza dengan pengambilalihan, yang siapa di atas dan siapa di bawah mudah untuk ditentukan.

Maka perkataan yang paling tepat untuk menerangkan situasi ini sebenarnya ialah kerjasama. Masing-masing kekal dengan dengan entiti mereka sendiri. Tiada perubahan dalam pengurusan. Cuma dari aspek tertentu Proton dan Perodua boleh saling menolong seperti penggunaan facility, pembanggunan bersama, berkongsi kepakaran, apa-apa saja yang boleh memberikan situasi win-win. Sebagai contoh, Perodua kekurangan facility berbanding Proton, maka Perodua boleh menggunakan facility Proton untuk tujuan pembanggunan. Perodua pula mungkin boleh berkongsi dengan Proton pengetahuan untuk menjaga dan meningkatkan kualiti. Proton memang terkenal dengan teknologi handling hebat, Perodua pula lebih pakar dari segi penjimatan petrol dan kualiti. Jika kekuatan antara kedua-dua syarikat ini dikongsi, ianya akan dapat memberikan manafaat kepada kedua-dua syarikat.

Tetapi sebenarnya kerjasama ini sebenarnya sudah lama wujud seperti Engine head Campro dihasilkan di kilang perodua. Tidak ada masalah sebenarnya untuk menjalinkan kerjasama.

Tidak kira la sama ada penggabungan ini akan menjadi kenyataan atau tidak, yang penting, Proton dan Perodua perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Lagipun Proton dan Perodua ni pun takde la besar mana pun. Maka tak perlulah membangga diri dengan kehebatan masing-masing yang tidak seberapa ni. Beat Toyota dulu then baru boleh nak mendabik dada. hehe. PEACE!

p/s: Aku kagum dengan pembaharuan yang dibawa oleh Datu Syed Zainal iaitu ex-MD Perodua ke dalam Proton. Barulah Proton kelihatan kembali 'hidup'.

Current mood: Ngantuk sket
Listen to: Sephia - Sheila On 7
aftet this: Next entry

2 comments:

  1. seyes they are going to merge?
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. The right word is collaboration. not merge actually. The decision will be make by goverment. Lets wait and see (macam MD la plak) hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List