26/12/2010



Mythbuster ialah sebuah rancangan TV yang akan membuktikan sama ada sesuatu khabar angin, rumours atau myth betul atau tidak. Setiap episod, ada 2 atau 3 perkara yang menjadi 'bualan' orang ramai akan dibongkar. Khabar angin or rumours yang cuba diungkaikan dalam rancangn ini bukanlah dalam dunia hiburan tetapi perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Antara perkara yang aku pernah tgk mcm, btol ke kalau kita letak CD depan kereta boleh reflect camera speedtrap?betol ke kalau bagi tumbuhan dengar lagu klasik akan jadikan ianya tumbuh lebih hijau? implant breast akan meletup kalau naik kapal terbang dsb. Rancangan ni juga suka membongkar perkara-perkara yang ada dalam filem sama ada betul atau tidak.

Cara diorang ni buktikan sebenarnya agak menghiburkan dan tidak terlalu technical. So sesiapa pun boleh paham. Pada penghujung show, diorang akan buat kesimpulan samada myth tu betul atau tidak. Memang ada sesetengah myth tu betul dan ada juga la yang tak betul seperti yang disebarkan dalam masyarakat.

Bagi aku ianya sebuah rancangan yang menarik kerana dalam masyarakat kita ni sebenarnya memang terdapat banyak pakar dan specialist yang tidak bertauliah. Orang-orang macam ni suka membuat kesimpulan dan teori mereka sendiri. Well, sebenarnya orang-orang macam ni tak salah pun, cuma setiap teori dalam sains or engineering, perlukan bukti dan eksperimen. Tidak boleh main petik dari langit aje kesimpulan tu. Tapi disebabkan dalam dunia ni berapa ramai je orang yang ada ilmu tentang bende2 ni. sebab tu masyarakat mudah percaya. Agak2 nampak logic je, terus terima.

Aku harap mythbuster dapat buat kajian tentang effect RON95 dan RON97 terhadap kereta. Memang khabar angin tentang RON95 dan RON97 ni hangat diperkatakan. Pelbagai orang mengeluarkan pendapat masing-masing, tapi takde sorang pun yang dapat kemukakan bukti saintifik. Tanpa bukti saintifik, semua kesimpulan hanya layak dibakulsampahkan sahaja.

Well, aku ada jawapan aku sendiri tentang isu RON ni. Tapi kalau nak explain pun, tak ramai akan terima sebab khabar angin terlalu kuat dan dah brainwash majority rakyat malaysia. Tapi tgk la, kalau ada masa aku akan tulis dalam blog ni. Cuma aku kene prepare sket diagram nak bagi orang senang faham. Aku bukan nak sokong kerajaan ke ape, tapi sebenarnya RON95 tu dah terlebih cukup sebenarnya. Aku ada saintifik explanation yang support jawapan aku. Cuma aku kene prepare betul-betul kalau nak tulis dalam blog ni.

Ok la, kesimpulannya jangan percaya khabar angin, carilah kebenaran itu sendiri. hehe.


Current mood: Agak bertenaga
Listen to: If we ever meet again - katy perry feat timbaland
After this: Nak mandi, nak pergi kenduri kahwibn.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List