26/12/2010

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia pada perlawanan malam tadi. Pasukan Malaysia telah bermain dengan baik, dan memang berhak menang pada malam ni.

Kelebihan jaringan 3-0 boleh dianggap sebagai bekalan selesa untuk ke Jakarta. Tetapi harus diingat, Indonesia pasti akan bermain mati-matian untuk memastikan kelebihan malaysia dipadamkan.

Permainan bermain dengan lancar dan penyokong kedua-dua negara juga menunjukkan semangat kesukanan yang baik. Tiada pergaduhan atau insiden yang tidak diingini yang melibatkan penyokong ketika perlawanan sedang diadakan. Malah, penyokong kedua-dua negara juga sanggup berkongsi satu bahagian dan melihat perlawanan tanpa sebarang masalah. Tahniah diucapkan kepada penyokong kedua-dua negara.

Cuma insiden 'laser' telah sedikit sebanyak mencemarkan perlawanan. Permainan terhenti seketika, tetapi akhirnya disambung semula. Sebelum perlawanan bermula lagi, Indonesia telah menegaskan bahawa mereka akan 'walk out' sekiranya ada gangguan laser pada penjaga gol mereka. Aku tak dapat pastikan sebanyak manakah gangguan yang disebabkan oleh laser tersebut. Namun alasan ini telah digunakan untuk mengganggu perlawanan.

Sudahnya, penjaga gol Indonesia melepaskan 3 gol dan nampaknya kesemua jaringan tersebut tiada kaitan dengan gangguan laser seperti yang dicanangkan oleh penjaga gol Indonesia. Maka benarkah laser ini memberi gangguan atau hanya alasan picisan untuk mencetuskan kontroversi?

Diharapkan Malaysia tidak terlalu bergembira dengan keputusan pada malam ini, kerana kemenangan sebenar hanya akan disahkan mutlak pada pertemuan rabu ini di jakarta. Masih ada 90 minit yang perlu ditamatkan.

Aku memang mengharapkan Malaysia menang kerana ini akan dapat membalas kebiadaban penyokong Indonesia terhadap pasukan Malaysia ketika acara pembukaan tempohari. Tetapi jika kemenangan tidak berpihak kepada Malaysia sekalipun, aku tetap berbangga kerana pasukan Malaysia terdiri daripada 100% anak tempatan. Tidak seperti pasukan Indonesia yang mengambil pemain import. Di mana maruahmu? di mana semangat nasionalismu?

Current mood: so-so
Listen to: MU vs Sunderland
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers