14/01/2011


Selepas 15 hari berada dalam tahun baru ni, akhirnya aku berkesempatan juga untuk update blog ni. hehe

Biasa la, hujung tahun dan awal tahun. Banyak perancangan dan perkara-perkara yang perlu disetelkan. Walaupun aku masih tak ada anak, tak bermakna aku tak sibuk awal tahun ni.

Sebenarnya aku tak sedar pun dah masuk tahun 2011 ni. Aku masih lagi terasa berada dalam bulan Disember 2010. Ntah la, mungkin kesibukan kerja membuatkan aku tak sedar masa berlalu. cewah.

Anyway, cerita tentang azam baru, mesti sume orang akan ada, cuma tercapai atau tak, tuan punye badan je la yang tau kan? Azam aku tahun ini ialah...... takpelah, biar aku je yang tau sebab tercapai or tak, aku sendiri je yang tau kan? hehe

Cuma target tahun ni ialah nak beli rumah sendiri. Harga rumah sekarang pun dah makin mahal, lagi lambat beli lagi susah nak bli akan datang. Bila nak beli rumah ni, barulah aku tahu betapa susahnya nak beli rumah ni. Prosedur dah 1 hal dan yang penting skali duit la. huhu. Pengajaran yang aku boleh share selepas terlibat dalam pembelian rumah ini ialah, belilah rumah sementara masih muda, antara kereta dan rumah beli la rumah dulu, jika ada kad kredit gunalah dengan cermat.

Ok, tahun 2011 ni ada beberapa tarikh yang menarik, untuk yang masih belum berkahwin, mungkin 1/1/2011, 11/1/2011 dah lepas. Tapi masih ada 11/11/2011 dan yang paling best ialah 20/11/2011 yang jatuh pada hari ahad, maka boleh la dipertimbangkan pada tarikh ini. Sebenarnya untuk kahwin je, tak kisah la aktiviti ape2.

Diharapkan tahun 2011 ni akan bertambah baik la kehidupan ni. Walaupun dah ada beberapa harga barang naik, tetapi ekonomi pun makin pulih, maka harap2 la gaji pun naik.

Ok chow, jumpe lagi.

Current mood: tired
Listen to: AFC Cup
After this: tido.zzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe