31/01/2011

Pertang tadi aku ada tgk Top Gear kat NTV7. Kalo tak silap aku tahun 2009 punye. Task diorang dalan episod kali ini ialah, diorang bertiga boleh pilih ape2 kereta dan 1 full tank petrol. Then diorang kene travel dari Basel, Swiss ke Blackpool UK. Jarak perjalanan lebih kuran 1500km dan diorang tidak dibenarkan mengisi petrol sepanjang perjalanan. Diorang kene sampai kat Blackpool sebelum 12 tgh malam untuk nyalakan lampu krismas kat situ.

So, diorang pun pilih kereta masing2. Sorang pilih Jaguar, sorang pilih Subaru dan sorang lagi pilih Volkswagen. Walaupun kereta yang dipilih daripada kelas berbeza, tapi bila sebut pasal fuel economy, kene pilih speed yang sesuai. Memang betul, lagi slow lagi bagus, tapi kalau slow sgt nnt lambat sampai.
Point aku dalam post ni ialah skang ni petrol mmg agak mahal consider dgn income dan expense kita setiap bulan (average golongan pertengahan). Macam-macam cara orang buat untuk jimatkan petrol dan yang paling common dan femes skali ialah bawak slow2.

Cuma risiko bawak slow ni ialah, masa perjalanan akan jadik lebih panjang dan boleh menyebabkan keletihan or fatigue. Tendency untuk tido pun naik jugak. Satu lagi isu bila nak bawak slow ni ialah kene sesuai dengan keadaan trafik dan pastikan korang kat lorong yang sepatutnya. Kalau trafik tempat tu laju, lebih kurang 80 - 100 km/h jgn la korang bawak 60 km/h ke bawah plak. Kene ikut arus untuk kurangkan risiko. Kalau nak bawak slow jugak, make sure duduk la kat lorong yang betul. Duduk lorong paling kiri skali, bukan duduk kat lorong tgh dan berharap orang nak mengelak korang. Silap2 kene sondol. Bertimbang rasa lah pada orang yang bawak laju. Masa amik lesen dulu kan dah ajar?Ke korang yang buat ni mmg takde lesen or sengal?

Current mood: Bese2
Listen to: Sinar.fm
After this: anothe post.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe