31/01/2011

Pada suatu pagi isnin lepas, aku g keje naik motor sebab jem hari isnin ni mmg dasat sket. Kebetulan pulak, minyak motor aku dah nak abis. Memang dah sampai E. Nak tak nak memang kene isi, kalo tak, tak pasal2 kene tolak motor sampai rawang.

Aku pun berhenti kat Caltex jalan kucing sebab situ yang paling dekat. Lepas park moto, aku pun g kaunter nak bayar duit. Masa aku nak balik kat motor aku, ada 2 ekor anjing tgh lepak tepi motor aku. Aiseh, tadi takde pun. Aku pun cabut helmet, buat2 nak pukul anjing tu, diorang pun blah. Diorang lepak plak jalan susur masuk petrol pump tu.

Masa aku tgh isi petrol pun, anjing tu usha lagi. Aiseh terasa lambat pulak minyak ni nak abes pam. Rm6 je pun. Tapi aku dah standby just in case kalo diorang attack lagi. Tibe2 anjing tu menyalak lagi, aku ingatkan diorang nyalak kat aku, rupa2nya diorang tgh hambat satu motor. Aku tgk menggelupur mamat tu pecut motor die.

Lepas tu aku tgk mamat tu patah balik, buat macam aku jugak acah2 nak pukul dengan helmet. anjing tu pun lari jugak. Then die parking kat blakang aku. Macha rupanya. Macha tu cakap kat aku tanpa disuruh "Bodoh punya anjing. Itu pencuri dia tak mahu kejar, bagi lepas, kita nak isi minyak dia pergi kejar. Pagi2 lagi mahu kejar orang". Aku senyum2 dan terus blah. Nak cakap ape lagi kan?

Lepas blah je, aku mmg tak tahan gelak. Sepanjang jalan daripada petrol pam tu sampai ofis aku dok gelak sorang. Kalo orang tgk, mesti orang ingat orang gila. Aku tak bleh blah masa teringat macam mana macha tu kene hambat dengan anjing tu. Menggelupur jugak die aku tgk. Siap berhenti n patah balik hambat anjing tu plak dan yang paling best, ayat die cakap kat aku la."Bodoh punya anjing. Itu pencuri dia tak mahu kejar, bagi lepas, kita nak isi minyak dia pergi kejar. Pagi2 lagi mahu kejar orang". Aku sendiri kurang pasti apa kaitan anjing tu dengan pencuri. Sian anjing tu. hahahaha.

Sampai ari ni pun aku still tergelak bila teringat insiden ni. hahaha.

Current mood: Tak ngantuk lagi
Listen to: sinar.fm
After this: Satu post lagi la

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers