15/01/2011

Sekadar gambar hiasan je ye

Pada suatu pagi, aku nak pergi beli nasi lemak untuk breakfast. Slalu aku g makan kat kedai A ni sebab die jual nasik lemak daun pisang. Cuma pagi ni aku teringin pulak nak try kat kedai B. Sekali sekala untuk tukar selera. Lagipun aku tengok, kedai B ni pun bleh tahan jugak ramai orang beratur.

Aku pun berdiri la kat tepi satu atuk ni. Atuk ni nampak macam kesian je aku tgk. Baju pun dah nak lusuh. Janggut n rambut pun dah putih. Masa tu peniaga kedai B ni ada la satu makcik dengn budak dalam awal 20-an. Disebabkan orang ramai, maka aku dapat tgk yang diorang ni agak pressure. Bungkus nasik pun macam cincai je. Aku pun order la nasi lemak makan kat situ.

Dah la ramai orang, lepas tu ada la beberapa customer yang tak reti nak beratur. Main jengah kepala n trus order. Macam tak pedulik kitorang yang tgh beratur kat depan ni. Then, aku rasa atuk ni dah tak tahan diri kot, then dgn lembut die cakap kat budak laki tu, "dik, saya punya mana? saya dah lama ni". Dengan kurang ajarnya, budak tu jawab "kau tak nak beli kau blah, blah. G mampos la". Sume yang ada kat situ terkedu, termasuk aku. Makcik tu tegur budak tu. Then budak tu still buat muka kerek macam tak bersalah.

Aku tak tau ape yang berlaku sebenarnya, tapi sebagai peniaga, adalah sangat2 dilarang untuk marah customer, apatah lagi maki. Dalam kes budak ni, perangai die tersangat la lahanat sebab tak reti nak hormat orang tua. Dah tu, maki kat khalayak pulak tu. Kalau mak aku die wat macam tu, dah lama aku tumbuk.

Ni la sebab kenapa tak banyak melayu berjaya dalam berniaga:
1) Tak reti nak senyum. Tapi nak orang beli. G mampos la wei.
2) Tak kisah la ape masalah ko pon, time berniaga tu, kene senyum jugak. kalau customer tu kerek, kene jugak cube serap.
3) Kene respek customer. Jangan ingat pakcik tu nampak tu tak berduit. Mana kau tau die tak berduit? Ntah2 gaji kau setahun pun die bleh bayar.
4) Hormat la orang tua lahanat. Kalau orang muda ko wat macam tu takpela jugak. Tapi aku rasa kalo ko wat mcm tu dah lama bersepai gigi.
5) Kalau tak tahan pressure, benti je. Carik keje lain. Tapi mana ada keje tak pressure. Dok hospital sakit jiwa je la kalau tak nak pressure.

Senyum sket bleh tak bro? Kambing pun bleh senyum la

Current mood: kenyang
Listen to: EPL
After this: Buat teh

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe