25/01/2011

Aku sebenarnya bukanlah seorang peminat tegar raja lawak ni. Cuma sekali sekala terlayan jugak kalau ada orang bukak. Dalam banyak2 peserta tu, ada jugak yang klaka, ada jugak yang ntah hape2 dan ada jugak yang macam tak betul pun ada. Tapi aku tau memang bukan senang nak wat lawak bagi orang gelak ni. Sebenarnya lawak ni, lagi senang untuk diterima kalau dibuat secara spontan. Tapi kalau sengaja wat lawak nak bagi orang gelak memang susah.

Cuma aku dok perati je, asal nak wat lawak je, mesti kene cakap utara, perak, nogori, kelate. Nape? Cakap bahasa melayu standard tak bleh wat lawak ke? Kalau skali sekala bleh la orang layan, tapi kalau sume gune modal same, meluat jugak nak dgr.

Bagi aku la, sebenarnya hos Zizan dan Johan lagi lawak berbanding peserta. Diorang ni pun lahir daripada program ni jugak. Aku rasa selain daripada diorang ni dan Nabil, yang lain mmg tak beberapa lawak. Lawak tak natural. Macam lawak senario ataupun dalam filem A.Razak Mohaideen. Juri rancangan ni pun lagi lawak sebenarnya banding dgn peserta.

Then, besenye setiap peserta yang terkeluar, akan ditinterview dalam era or sinar. Masa tu la baru tau intention diorang sebenarnya. Bukan betul2 nak jadik pelawak pun. Masing2 berharap dapat berlakon, jadik DJ, pengulas sukan la. Pendek kata RL ni cuma platform nak enter frame dunia hiburan je. Aduh, udah2 le. Tak menjamin masa depan pun dunia hiburan kat malaysia ni esp utk lelaki. kalau perempuan senang je. Agak2 dah tak laku tu, carik la Dato' ke, bisnessman ke, peguam ke, menteri ke. Kawen, abes citer. Itu kalau perempuan, kalau lelaki, takkan nak carik datin kot?

P/S: Aku mmg sker gile segmen Sawancara dan Drama sebabak era kendalian Pak Nil dan allahyarham Din Beramboi. Mmg lawak btol. tapi sayangnya, semuanya telah berlalu...

Current mood: Ngantuk
Listen to: Katy Perry - Never be the same
After this: Next blog.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe