16/01/2011

Aku bukan nak berpolitik dalam blog aku ni. Kalau bleh aku nak kurangkan sebab itu bukan sebab kenapa aku share citer2 aku dalam blog ni. Tapi aku mmg dah tak bleh blah dengan gomen skang ni. Tahun 2011 ni semua naik. Tak ada yang turun. Gaji pulak tak naik2. Keadaan ni menjadikan taraf hidup makin menurun dan nilai duit jugak menjadi kecik. Akibatnya, inflasi tahun ni mungkin akan mencanak naik.

Antara barang2 yang naik:
1) Petrol RON97 - Aku tak guna pun, tapi orang akan guna jugak ni sebagai modal
2) Minyak masak - Tibe2 hilang. Lepas naik harga sket, baru berlambak.
3) Limau CNY - Pun naik jugak. Tak tau nape.
4) Kelapa - Sian kat orang India, tahun ni kelapa sebijik RM2, tahun lepas RM0.6. Tak tau kelapa ni sume g mana.
5) Bawang - Terkejut aku, harga naik dalam 50%.
6) Makanan&Minuman - Alasan, minyak naik, kurang bekalan, banjir, bla bla bla.
Korang teruskan la list ni. Korang mesti tau lagi banyak punye.

Cuma baru2 ni aku memang bertambah bengkek bile bil Astro pun dah kene tax 6%. Tax lagi. Dah la bonus pun kene tax. Bukan sket. Hampir sebulan gaji tuh. Hampeh btol la. Memang sekarang ni, harga barang sume naik. Yang susah makin melarat, yang kaya makin buncit. Aku tak rasa gomen kisah nasib rakyat. Diorang pikir perut diorang je. Diorang tak payah bayar petrol, makan sume free, dapat duit kopi projek lagi, Astro diorang free, telefon pun free, melancong pun free, rumah free, saman pun tak kene bayar, tol pun free, tak payah tempuh jem nak g keje, tak payah sesak2 naik public transport nak g keje, yuran anak skolah free, anak2 nak kawen pun, orang sponsor. Ada diorang kisah ke dengan nasib kita sume ni? Memang takde. Kalo tak sume ni takkan berlaku. Suka ati korang la nak caya ke tak, duit la punca sume masalah kronik dalam masyarakat ni. tak cukup duit, mmg buat orang hilang pertimbangan.

Memang btol duit bukan segalanya, tapi zaman skang ni segalanya memerlukan duit. Rakyat didahulukan...betul la tu, sume rakyat kene dulu. Pencapaian diutamakan? Aku rasa patutu tukar, poket kerajaan diutamakan lagi sesuai kot.

Mungkin btol la kot, gomen tgh kumpul duit nak hadapi pilihanraya ni, so sume sumber income perlu dimaksimumkan termasuk tax dan kurangkan subsidi. Entah la...

Current mood: Ngantuk
Listen to: Pelita - A.P.I
After this: tido.zzzz

2 comments:

  1. Sini bunyi "rakyat didahulukan",yg lagi 1 tu bunyinya "people first".Kebetulan ke bnda ni. Mmg betul tak ada 'satu israel' tp 'One Israel' ada..kan sengal tu. Bnyaklh klau nk crita tp pendek kata if the gov fails the people must act. The time has come..

    ReplyDelete
  2. Owh, yang slogan perodua tu kan? "Building Car, People First". Hmm tu maksudnya dalam nak buat kereta, kene fikirkan orang dulu, dari operator, engineer, salesman, sampai lah customer untuk make sure kereta tu memang untuk manusia.

    Yang gomen tu, mmg byk isu. Susah nak cakap. Banyak kebenaran yang disembunyikan. yang pastinya rakyat makin hari makin tersiksa.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe