31/01/2011

Baru2 ni aku sempat ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan pembukaan liga super antara selangor dan kelantan dan juga merebut piala sumbangsih. walaupun harga tiket tahun ni naik seiring dengan kenaikan 'segalanya' di negara ini' kepada RM20, tapi disebabkan perlawanan ni dijangka hangat, aku still rasa berbaloi.
Seperti yang semua tahu, pasukan kelantan telah berjaya menewaskan selangor 2-0. Walaupun aku rasa agak kecewa, namun kelantan memang layak menang pada malam tersebut keranan permainan mereka yang jauh lebih baik daripada selangor. Perlawanan malam tersebut juga berjalan agak lancar, cuma ada satu insiden je yang menyebabkan perlawanan terhenti 10 minit. Yang lain sume ok. Kalo stakat seludup mercun tu takde ape sangat. yang aku pelik macam mana flare pun bleh lepas masuk? Rilek je penyokong kelantan bakar.
Disebabkan permainan selangor yang agak hambar pada malam itu, maka aku rasa agak tak berbaloi jugak RM20 tu. Kalau bleh refund, dah lame aku buat. Dapat separuh pun jadik ler...Anyway, baru 1st game. Harap selangor dapat bangkit dan mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Current mood: kenyang. tadi baru makan kat uptown shah alam
Listen to: sinar.fm
After this: Another post.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe