27/02/2011

Promo Anugerah
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ialah anugerah yang paling berprestij di negara kita. Pemenangnya ditentukan oleh undian peminat. Mudah sahaja, tidak perlu buat persembahan atau pun juri profesional. Dalam tahun tu, jika artis tu popular di kalangan peminat, akan ada peluang untuk menang. Cuma popular tu dalam sudut positif lagi senang nak menang.

ABPBH Road Tour
Kalau dah nama pun undi, mesti kena ada kempen. Barulah orang tertarik nak undi. Masa-masa macam ni la artis-artis yang tercalon tak boleh kedekut senyuman. Muka pun tak boleh ketat. Percakapan pun kena manis-manis dan sedap didengar. Kalau peminat nak bergambar pun kene layan juga, tak boleh buat-buat sombong. Jika perlu, bawak peminat pergi melancong atau pun belanja makan.

Pemenang ABPBh ni bukan sahaja boleh berasa bangga kalau menang, tetapi juga boleh menaikkan saham mereka. Almaklumlah, paling popular. Boleh naikkan rating sesuatu rancangan atau produk. Sebab tu, bukan calang-calang kalau dapat menang. Penaja untuk anugerah ni pun semua yang grand belaka.

Maka, kalau rasa nak pau artis, mungkin inilah masanya kot. hehe

Promo: Ekspresi cinta anda dengan bantuan selebriti melalui Cornetto Style

Current mood: Letih sket
Listen to: EPL
After this: Minum milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers