28/02/2011

Monday Bluesss......
Esok hari Isnin. Semua orang akan sambung kerja balik. Budak-budak sekolah kene pergi sekolah. Hari minggu yang indah dah habis. Kehidupan perlu ikut peraturan semula.

Kenapa ye digelar Monday Blues? Kenapa tak Monday Red ke, Yellow ke, Purple ke? Silver ke? Mungkin sebab blues ni nampak tenang kot. Tapi kalau lepas Saturday ialah Tuesday, mungkin akan digelar Tuesday Blues pulak kan?

Asal hari isnin je orang mesti akan malas-malas. Nak bangun pagi pun berat je. Sampai office pula kerja dah betimbun-timbun. Mata tu asyik tengok jam je. Bila la nak balik ni. Rasa macam lambat lagi nak tunggu hari Jumaat kan?

Sebenarnya hari Isnin sama je macam hari-hari yang lain. Cuma kita telah disaiko sejak sekian lama lagi yang Isnin tu tak best. Apa pun, hari Isnin tetap datang selepas hari Ahad dan kita memang kene pergi kerja atau sekolah. Huhu

Panorama yang normal di hari Jumaat dan mustahil di hari isnin
Current mood: Kenyang dan risau
Listen to: Era fm
After this: Hmmm tak fikir lagi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe