14/02/2011

Pertimbangkan, jika anda diberi 2 pilihan pekerjaan:

  1. Jawatan executive tapi gaji RM 3500
  2. Jawatan manager tapi gaji RM 2800.
So yang mana anda akan pilih? Pilihan nombor 1, tak gah pada jawatan tapi dibayar lagi tinggi. Manakala pilihan 2, jawatan gah, tapi dibayar lagi rendah daripada pilihan nombor 1.

Susah kan nak buat pilihan. Memang seronok kalau bila orang tanya jawatan kita, kita akan jawab manager tapi gaji lagi rendah daripada executive kat company lain. Sebenarnya tak susah pun, rasanya ramai akan pilih pilihan 1 sebab zaman sekarang ni memerlukan duit. Ayat ni dah standard dah:

"Duit bukan segala-galanya. Tapi zaman sekarang ni, segala-galanya memerlukan duit"

Bagi sesiapa yang hidup di alam realiti, mesti anda tidak akan sesekali menafikan ayat di atas. Sebab tu zaman sekarang, bila kita nak buat keputusan, biasanya kita akan dipengaruhi oleh kebendaan macam nak kerja apa, di mana, nak beli rumah di mana, nak kahwin dengan siapa. 

Pada pendapat aku, cinta sejati pun macam dah tak wujud pada zaman sekarang ni. Kalau tak ada duit, memang tak akan jadi sejati punya. Cuma akan jadi mati sahaja. Mati akal nak cari duit nak kahwin. huhu.

Lagipun pangkat ni senang je nak dapat. Buat syarikat sendiri, dan lantiklah diri sendiri jadi Managing Director. Letak sign besar-besar depan meja. Kan nampak gah tu.

Aku teringat ayat dalam lagu Greenday (Macy's Day Parade):

"Economy size dream of hope...."

Current mood: Ok je lagi.
Listen to: Hotfm
After this: another entry

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers