02/02/2011

Asalnya, cuti wilayah kali ni aku nak ke PD or Kuantan. Saje je nak menghirup angin laut dan keluar dari hutan batu lembah klang ni. Then, bila aku cek ramalan kaji cuaca, kedua-dua tempat yang aku nak g ni hujan lebat beserta ribut petir. Maka terpaksalah fikirkan alternatif lain. Hmm nak g sunway lagoon dah lambat sebab situ parking susah sket. Harga tiket pun not bad jugak. Selepas fikir dan berfikir, akhirnya aku dan wife aku setuju nak g Wet World kat Shah alam jer.


Last aku pergi tempat ni kalau tak silap masa form3. Skang umur aku dah 27 tahun. Bermakna dah 12 tahun dah aku tak pergi tempat ni. Nak tgk la jugak kan apa jadik kat tempat ni. Walaupun aku dok shah alam, tapi bile dah besar2 ni tak tergerak nak g sini. Lagipun memang orang luar pun yang hidupkan tempat ni

Dulu masa aku pergi harga tiket RM7 je, skang dah jadik RM12. Suasana pun agak lengang sebb Selangor tak cuti. Hanya KL je yang cuti. Kitorang pun tak payah la beratur panjang. Dulu2 kalau hari minggu atau cuti umum, bleh tahan jugak la sesaknye.

Apa yang aku tengok, tak ada pun penambahbaikan yang dilakukan. Aku rasa tempat ni makin jadik semakin teruk seolah2 tak di'maintain' sempurna. Tak ada lagi, pelampung buaya, tapak sulaiman, kerang, then gelungsur2 yang ada pun dah koyak2 dan bertampal2. Cat-cat dinding pun dah pudar facility yang ada pun, sama macam 12 tahun lepas. Senang citer, bagi aku tempat ni ibarat macam hidup segan tapi tak mahu. Harga tiket naik, tapi tak ada pembaharuan.

Tapi sebenarnya tempat ni still berbaloi kalau stakat nak outing dengan family dan bermandi manda. Nak blaja berenang pun bleh jugak. Bayaran pun murah, tak semahal sunway lagoon. Maka bleh dikatakan RM12 tu berbaloi la jugak untuk skali skala jalan2 dengan family or orang tersayang. Untuk kanak2 pulak harga tiket RM5 jer.

So kalau korang nak mandi2 dengan family dalam keadaan yang selamat, tak perlu pergi jauh dan nak bayar murah, Wet World ialah tempat yang dicari. hehe

Current mood: Bese2 jer
Listen to: MU vs Aston Villa
After this: Next update

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe