07/02/2011

Semalam (sabtu) adalah kali kedua aku alami kesesakan macam ni. 1st masa raya tahun lepas. Azab betul rasanya especially kete manual macam kete aku ni. Sebelum kawin aku tak pernah alami sebab aku dok shah alam je. tak g mane2. Lepas kahwin dengan orang kedah, bermulalah episod balik raya ni. hehe
Aku tgk byk kete2 besar yang sker wat kurang ajar macam ni. kete je besar, tapi otak kecik.


Aku gerak dari sungai petani dalam kul 4 petang. Ingatkn balik ari sabtu ni clear sket sebab aku expect orang akan ramai balik hari ahad. Skali jangkaan aku salah da. Agaknye ramai balik sabtu sebab ahad nak rehat2 dan nak relaks sebelum g opis dan skolah esoknye. Maka terjadilah insiden macam ni.

Jauh jugak la jemnye.

Ada beberapa faktor la yang menyebabkan kelembapan yang amat ni. Selain daripada lambakan kereta; cthnye, kenderaan berat macam lori dan bas yang slow bila naik bukit. Orang bawak slow kat lorong laju, Orang bawak slow bila ada 'free show' kat tepi jalan, dsb. Kadang2 bukan eksiden pun, tapi orang nak slow jugak tgk2. Kalau nak benti tolong takpe jugak.
Time2 macam ni, nak benti RNR pun susah. RNR pun full. wat sakit ati je nak benti. Nak carik parking mmg payah sgt. Cuma kalau nak makan tu bleh tahan lagi le. Tapi kalau nak g toilet nak tak nak kene g la jugak.
Sampai malam pun tak reda2 lagi
Mmg sakit ati betul tgk kete macam ni

Akhirnya kitorang decide nak ikut jalan dalam. Ingatkan ok la. Skali sama jugak. Driver kurang ajar pun byk jugak ikut jalan dalam dan cara diorang bawak mmg bahya. Ngeri dan sakit ati tgknye.

Akhirnya kitorang tiba rumah kul 2 pagi. Bleh dikatakan tempoh perjalanan ialah 10 jam. Kalau ikut masa normal dalam 5 jam je. Sepatutnya dalam kul 9 dah sampai rumah dah. Tapi ape bleh wat.

Perjalalan 10 jam sgt la menguji ketahanan fizikal dan mental. Kaki sakit tak payah cakap la. Mental pun kene kuat beb. Kalau tak mmg jadik insiden punye. Mmg betul2 la macam endurance punye test. Kalau macam ni la caranya, next time kalau musim perayaan, aku gerak balik Kl 3 pagi lagi elok.

Kalau nak compare dengan orang pantai timur, diorang lagi teruk sebab takde highway. Cuma sekarang ni, kitorang bayar tol, tapi jalan macam nak balik pantai timur. Kalau free takpela jugak. Baik tak payah panggil highway.

Current mood: Ngantuk
Listen to: Chelsea vs Liverpool (game yang bosan)
After this: Tido..zzzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe