01/02/2011

Harga petrol RON97 naik lagi. Aduh, ni dah kali keempat naik dalam masa beberapa bulan ni. Kenaikan sebanyak 10 sen seliter itu membawa kepada harga baru RM2.5 seliter. Kenaikan ini didorong oleh konflik yang berlaku di mesir. Katanya akan ada gangguan bekalan minyak mentah. Sebab tu diorang naikkan siap2. Ntah btol ke tak aku pun tak tau. Mesir byk sgt ke keluarkan minyak mentah?

Memang kalau ikut dasar kerajaan harga petrol RON97 ni diapungkan mengikut harga pasaran dunia. Dengan empat kali kenaikan dan kosong kali penurunan, maka score sekarang ialah 4-0. Tak tau lah harga nya akan turun ke tak.

Kepada pemilik2 kenderaan, korang tak semestinya perlu cemas dan tergugat. Cek balik buku manual korang, semak bahagian engine specification. Carik perkataan 'compression ratio'. Kalau CR tu 11 or 10 ke bawah, tak payah la korang membebankan diri dengan beli RON97 tu. RON 97 tu untuk kereta high performance, sebab CR engine kete2 ni besenye 11 ke atas. Perlukan antiknock yang lebih tinggi. RON95 tu dah lebih dari cukup untuk kete2 bese yang CR engine 11 ke bawah. Jepun pun guna RON90 - 92. US lagi la, guna RON87 jer. Jangan percaya rumours karut yang RON95 tu wat kete korang lembik dan senang terbakar. Itu sume kata2 yang liar tanpa fakta.

Untuk lebih info tentang RON, bleh baca kat sini. Itu pun kalo korang rajin la.

Current mood: Dah ngantuk sket
Listen to: Hot.fm
After this: Other post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe