14/02/2011

 
Pernah dengar tak peribahasa,

"Asam di gunung, ikan di laut. Dalam periuk bertemu jua"

Maknanya, walau jauh macam mana pun, kalau dah jodoh memang akan bertemu juga. Pandai betul orang zaman dahulu membuat peribahasa kan?

Pernah tak kita terfikir (bagi yang dah kahwin terutamanya), macam mana kita boleh berjumpa dengan pasangan kita? Cuba ingat balik. Ok, majoritinya kita akan bertemu jodoh dengan orang berdekatan dengan kita juga. Mungkin satu sekolah, satu office, satu kelas atau mungkin kita selalu naik bas or tren yang sama, selalu makan di tempat yang sama. Paling tidak pun ada minat yang sama macam chatting, blogging (hehe), social network dsb. Boleh jadi juga jodoh kita tu kawan kepada kawan kita atau kawan kepada adik/abang/kakak kita.

Sedar tak sebenarnya jodoh kita berada dekat sahaja dengan kita. Cuma kita tak sedar. Sebab tu bila kita tengok balik, jodoh kita ni mesti ada at least 1 link macam yang disebutkan di atas. Bukannya nak kata tak ada, tapi memang agak mustahil untuk kita kahwin dengan orang yang kita kenal dalam satu hari sahaja. Betul tak?

Bagi sesiapa yang masih belum bertemu jodoh, jangan bimbang kerana jika ditakdirkan ada, pasti akan jumpa punya. Mungkin masanya belum sampai lagi. Lepas ni  cuba la perhatikan sekeliling, mungkin kita dah jumpa jodoh kita, cuma belum mula lagi berkenalan sahaja. Jangan terkejut kalau jodoh kita tu orang yang kita tak sangka-sangka sebenarnya. hehe.

Falsafah aku dalam dunia cinta ni (cewah):

"Cinta itu ibarat magnet"

Bila magnet itu berdekatan, kan mereka ni saling tarik-menarik. Bila berjauhan, langsung tiada tarikan.

Macam kes aku, ada dua link yang kaitkan aku dan wife aku iaitu, kami satu university dan facebook. hehe.

Hmm jangan salah anggap. Entry pasal cinta ni tiada kaitan dengan hari valentine. Cuma aku terdetik nak tulis selepas aku mendengar cerita kawan aku macam mana dia berkenalan dengan isterinya. Dunia ni kecil je sebenarnya. hehe

Current mood: Kekenyangan
Listen to: Sinar fm
After this: Buat milo jap


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers