14/02/2011





Rasanya ni bukan kali pertama aku menulis tentag obesiti. Isu ni aku memang agak berminat kerana melihatkan gaya hidup rakyat negara kita yang agak 'pemalas' dan tidak sihat. Jika rakyat tidak sihat, macam mana negara nak maju? Cewah. hehe.

Memang mengikut pakar pun, kita perlu bersenam at least 20 minit 3 kali seminggu. Jika kita tengok kempen kesihatan, ianya banyak menekankan cara pemakanan yang sihat. Ya, itu memang tidak dinafikan, makan berlebihan adalah satu cara pemakanan yang tidak sihat.

Pada pendapat aku, sebenarnya makanan tak bersalah, cuma manusia je yang tidak bersenam. Makanan adalah sumber tenaga. Kita kena makan ikut keperluan penggunaan tenaga kita. Jika kita kerja berat macam buruh kasar memang kene makan banyak. Kalau kerja setakat duduk depan komputer dan office pun ber-aircond, makan sikit je dah cukup.

Masa zaman student dulu, memang aku makan nasi berbukit. Sebab petang, biasanya aku akan bejoging atau main bola, makanan tu akan dibakar balik. Maka badan aku maintain kurus walaupun membe aku sendiri pun gerun tengok aku makan.

Bila dah masuk zaman bekerja ni, memang tak dapat dinafikan masa untuk bersenam adalah terhad dan terpaksa berperang dengan rasa malas. Oleh itu, aku kene kurangkan makan. Itu pun still naik jugak, tapi tak sampai tahap overweight lagi sebab aku gagahkan jua diri ini untuk bersenam lepas balik bekerja.

Apa-apa pun, tidak ada masalah nak makan banyak mana yang anda nak, tapi make sure bakar balik la. Berdiet ni satu aktiviti yang tidak 'sihat' sebab kita menahan diri kita daripada menikmati rezeki pemberian Allah. Apa guna hidup kalau kita tidak dapat merasa keenakan makanan?

Current mood: Ngantuk dah
Listen to: Hot fm
After this: Tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List