11/02/2011

Minggu ni aku terasa sikit moral down. Mungkin la ada something yang mengangggu jiwa. Walaupun sepatutnya aku tak patut lagi dihantui, namun kesan yang ada tu menyebabkan aku terus dihantui. Tapi feel ni aku rasa sekejap je untuk recover. Sebelum2 ni pun aku dah beberapa kali 'survive' daripada feel ni. So it just a matter of time. Semua ni hanyalah mainan perasaan je.

Pagi tadi aku kol membe aku, tanye pasal keje baru die. Then aku tanye berapa byk basic die. Pergh, lagi tinggi daripada aku beb. Padahal kitorang grad same2 n working experience aku lebih sket daripada dia. Die siap ajak aku joint die skali. Nnt bleh up gaji lagi. Memang btol la, kalau keje swasta ni, nak cepat gaji naik kene lompat company. Kalo stay 1 company mmg ciput je gaji naik. Still ada risiko kalo lompat sebab blom tentu lagi company baru ni lagi better daripada company asal. Sebab tu kene fikir btol2. Kalau nak diikutkan, mmg aku nak setia. Tapi bila mengenangkan betapa susahnya loan rumah aku nak approve dengan gaji skang ni, tergerak hati jugak la nak pergi.

Zaman skang ni, susah untuk kita dapat keje yang minat dan gaji seiring sejalan. Harga barang sume naik, service, transportation pun same jugak. Belum campur lagi tax yang telah dijelmakan tahun ni. Bende2 yang dulu takde tax, dan-dan je skang ade. Gaji naik jugak, tapi tak sejajar dengan kenaikan bende2 lain. Maka taraf hidup makin jatuh. Golongan atasan makin jauh naik ke atas, golongan pertengahan makin tergelincir sedikit demi sedikit ke bawah. Golongan bawahan, tak payah cakap la, mmg dipijak2 tanpa belas kasihan. Impian kita sekarang ni sebenarnya dikawal oleh kebendaan. Sume orang ada impian masing2, tapi bila dunia semakin realistik kita terpaksa lupakan impian kita.

Apa pun, apa yang aku miliki, skang ni hasil daripada keputusan yang aku pilih pada masa lepas dan keputusan yang aku pilih pada masa sekarang akan menentukan aku apa yang aku ada dan kat mana aku pada masa depan. Aku mmg sesekali tak menyesal dengan keputusan yang aku buat pada masa lepas. Bukan sebab ego sebab mmg dah ditakdirkan itulah pilihan yang aku akan buat. Sebagai seorang Islam, aku percaya kepada qada' dan qadar Allah. Maka aku redha dan terima dengan hati terbuka :)

Current mood: Down sket
Listen to: Buletin Utama
After this: Solat isyak jap

2 comments:

  1. other company? automotive gak ker?? vw?bm? hehe. ganbatte

    ReplyDelete
  2. huish. kalo dapat tu mmg tak cakap ape dah. hantar je surat resign. hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe