26/02/2011

Pagi Panas Terik
Cuaca sekarang tidak menentu. Kalau pagi tu, memang panas terik. Tapi matahari pagi baik untuk badan sebab ada vitamin D yang baik untuk kulit. Permandangan pun nampak cantik sahaja apabila alam diterangi mentari pagi.

Masuk je pukul 11 dah mula rasa bahang. Cahaya matahari pagi tadi dah mula hilang kebaikan. Sebaliknya mula membakar kulit. Diikuti dengan peluh-peluh yang berjujuran. Baju kerja dah mula basah. Badan pun dah mula bau masam. Untuk yang bekerja dalam pejabat, aircond akan dikuatkan. Maka makin sejuklah pejabat walaupun di luar makin panas. Walaupun pejabat dah sejuk, tapi masih tak dapat halang rasa haus. Minum air bergelas-gelas pun masih lagi tak hilang haus.

Bayangkan lunch hour di hari yang panas terik dan sirap ais..
Masa lunch hour, rasa macam malas nak keluar sebab panas. Namun perut yang sudah menyanyi, kene keluar juga makan. Dah duduk dalam tempat sejuk, masuk tempat panas, mula la badan rasa semacam. Kulit pun dah rasa macam terbakar. Makan pun tak boleh pedas-pedas. Kalau tak nanti peluh macam mandi je. Minum mesti nak ais. Sebenarnya satu gelas tak cukup. Nak order 1 gelas lagi mahal pulak. Minum air kat pejabat je la.

Mendung berarak lesu
Lepas masuk kerja, pergi sembahyang dulu. Bila amik solat dan surau pun ada aircond, maka sejuk balik. Rasa macam tak nak keluar aje. Nak tido sampai waktu balik. Tapi ape boleh buat. Nanti tak pasal-pasal kene tangkap sebab mengular. Masuk pukul 3 petang, cahaya matahari dah hilang. Awan mendung mula berarak lesu. Nun jauh di sana kelihatan awan hitam berkepul2 macam asap lori. Sekali sekala ternampak kilat sabung menyabung. Aiseh, nak hujan pulak. Bagi yang naik kereta, abes la jem teruk petang ni. Kene beli roti ni. Yang bawak motor pulak, kene standby baju hujan. Yang naik public, payung kene ada la. Kalau tak lari pecut dalam hujan la.

Hujan itu rahmat. Jangan mengeluh
Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Elok-elok dah kemas barang, kedengaran bunyi bising di luar. Buka tingkap tengok hujan turun lebat ya amat. Selang seli dengan bunyi kilat dan guruh. Dan-dan je time nak balik keje ni hujan kan? Tak baik mengeluh. Ini semua kuasa Allah swt. Lagipun hujan itu rahmat. Nak tak nak kene la redah hujan untuk balik. Kalau tunggu lama lagi lambat sampai rumah.

Kalau demam sikit-sikit tu tak payah la MC
Perjalanan balik rumah patutnya setengah jam jadi sejam setengah. Mana taknya, semua jadi slow masa hujan. Apa boleh buat, safety first. Aduh, badan dah letih. Hari ni pun badan asik kene panas-sejuk-panas-sejuk-panas-sejuk. Kalau batu pun boleh pecah. Inikan pula manusia. Tiba-tiba rasa tak sedap badan. Tekak pulak perit. Sah, dah demam la ni. MC la esok.

p/s: Cuaca tak menentu sekarang. Jagalah kesihatan. Jangan berlakon MC. hehe

Current mood: lapar
listen to: Wigan vs MU
After this: Masak megi la

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers