08/02/2011

Sejak akhir2 ni banyak pengguna internet tak kira tua atau muda yang suka membuat kontroversi yang bukan2 kat internet. Post2 maki hamun, kutuk mengutuk, caci maki, perkauman, perang politik dsb mmg berleluasa sekarang ni. Bahasa yang diguna tak payah cakap la. Teringat peribahasa yang dah wujud sejak dalam filem P Ramlee lagi (Seniman Bujang Lapok)

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Banyak sekarang kan kita tgk, orang sesuka hati je menulis atau meluahkan apa yang terbuku di hati di internet tanpa tapisan langsung. Sejajar dengan prinsip internet, "Kebebasan Bersuara". Tapi sebagai manusia, tak bermakna kita boleh muntahkan apa saja untuk tatapan orang.

Kalau nak ikut definisi kebebasan, "Kita bebas membuat apa sahaja asalkan kita tak menganggu/mengancam/menggugat kebebasan orang lain". Since dalam hidup kita ni ada undang2, maka kita tak bleh buat apa yang kita suka, tapi kita kene suka apa yang kita buat. Itupun kalo nak selamat la kan?

Ada seseorang pernah cakap kat aku. "kalau orang tu nak fitnah/kutuk/maki/hasut/ orang, then die guna medium bertulis macam paper, emel, sebenarnya die dah buat silap yang besar sebab medium macam ni lah orang senang nak jadikkan bukti. Nak dakwa dalam mahkamah pun senang".

Skang ni, dah ramai dah orang guna button "Print Screen". Sebab tulah, kalau ada bende yang bleh jadikkan modal je, orang akan print. Bukan susah pun. Beberapra saat je pun. Kalau korang dah remove bende yang kontroversi tu pun tak guna sebab bukti dah ada.

Kan banyak bloggers dah kene tangkap pasal statement2 yang kontroversi, begitu jugak dengan FB users. Once kalo dah post bende2 publisiti murahan ni, orang mmg cepat je capture then tak sampai beberapa jam mesti dah tersebar dah. So akhir kata,

"Beware with your writing statement!"

Current mood: Ngantuk dah
listen to: Just the way you are - Bruni Mars
After this: Buat Milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe