27/02/2011

Revolusi branding Milo

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat

Ingat lagi tak iklan ni? Bagi sesiapa yang lahir tahun 80an mesti tau yang slogan ni datang dari iklan milo. Sekarang slogan ni dah tak digunakaan.

Kalau nak diikutkan Milo ni memang dah lama bertapak di Malaysia. Masa zaman aku tadika dulu, kalau beli Milo tin besar tu mesti dapat pecuma botol air atau bekas makanan. Bangga kalau bawak bekal ke sekolah guna botol air dan bekas Milo ni sebab special edition sikit. Simple je botol air je. Bentuk silinder panjang. Penutup die memang boleh buat cawan lagi. Air dalam tu semestinye Milo. Tak isi air lain dah. Bekas makanan berbnetuk macam kura-kura sket. Memang comel. Kalau ada gambar boleh upload kat sini.

Berikut ialah beberapa info Milo:

Tin Milo tahun 1940an

  1. Milo sebenarnya berasal dari Australia; dihasilkan oleh seorang ahli kimia yang bernama Thomas Mayne pada tahun 1934.
  2. Nama Milo digunakan bersempena nama atlit Greek yang terkenal, Milo of Crotona.
  3. Di serata dunia, Milo dijual di dalam tin berwarna hijau dan menjadi ikon sukan.
  4. Milo merupakan minuman popular di Malaysia dan Singapura; menguasai 90% market share.
  5. Rakyat Malaysia merupakan penggemar Milo yang terbesar di dunia
Dengan sedikit info di atas, diharap anda kini boleh minum milo dengan rasa besar hati. hehe.

Jika anda seorang penggemar Milo dan ingin bermain permainan interaktif, boleh la klik di sini. Kalau bertuah, boleh menang ipad. hehe

Current mood: Lapar
Listen to: Hotfm
After this: Nak g makan n beli digi cam

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe