02/02/2011

Gambar Hiasan: Lisa Surihani

Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara.
Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik
oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan
hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan
kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa
lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh
hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan
meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat,
anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki
berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu
sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk
mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual
dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14
peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48
peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki
mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat,
otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan
kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan,
sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih
bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika
bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang
selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

Wallahualam...

Current mood: Tgh makan kuaci
Listen to: MU vs AV
After this: Pas abes match, smayang subuh dan tido. zzzz

2 comments:

  1. best tuu makan kuaci hehe..selamat qada tidur...

    ReplyDelete
  2. tula. tgh2 malam. ape yang ada sebat jela. hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers